Date: Jumaat, Julai 26, 2024

Majlis Penyerahan Projek Ubahsuai dan Naiktaraf Masjid Selat Fasa 1, Pulau Melaka (daratan, Tandas dan Kiosk) telah dilaksanakan pada 23 Julai 2024(Selasa) bertempat di Dataran Masjid Selat, Melaka.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Mahalil bin Mohtar, Jurutera Daerah JKR Melaka Tengah selaku Pegawai Penguasa projek ini kepada pihak Pelanggan iaitu  Datuk Badaruddin bin Mohd Kassim, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka dengan disaksikan oleh YB Dato’ Azhar bin Hj. Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka merangkap Pengerusi Masjid Selat, dan turut disaksikan oleh YBrs.Tuan Ir. Hj. Mohamad Salzeli bin Mokhtar, Pengarah JKR Melaka.

Sesi penyerahan ini juga turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia; YBrs. Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Pengarah Kanan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan & Teknologi JKR (CREaTE), Pegawai-Pengawai daripada Jabatan Agama Islam Melaka, Pegawai-Pegawai daripada JKR Melaka dan Pasukan Kontraktor Rezeki Redha Construction Sdn. Bhd (Kontraktor Utama) serta Sutera indah kencana (NSC Mekanikal).

Projek ini direkabentuk sepenuhnya oleh JKR Melaka dan dilaksanakan oleh pihak kontraktor bermula pada 14 April 2022 dan disiapkan sepenuhnya pada 10 Jun 2024. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) juga telah dikeluarkan dan perakukan pada 10 Jun 2024.

Matlamat utama pembinaan projek ini adalah menjadikan Masjid Selat ,Melaka sebagai salah satu ikon masjid pelancongan terkenal di Melaka dan menarik lebih ramai pengunjung dan pelancong datang ke Melaka bersempena dengan Tahun Melawat Melaka 2024.  

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan projek ini dapat disiapkan dengan jayanya dan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.