Date: Selasa, September 22, 2020

Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi  Projek Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – Penyiapan  Kerja-Kerja Terbengkalai Projek Pembinaan Tempat Letak Kereta Bertingkat Di PPUKM, Cheras, Kuala Lumpur telah diadakan pada 21 September 2020 (Isnin) bertempat di Tempat Letak Kereta Bertingkat Di PPUKM, Cheras, Kuala Lumpur pada jam 12.00 tengahari. Projek ini telah dikeluarkan Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) pada 21 September 2020 dan diserahkan kepada pihak pelanggan pada tarikh yang sama.

Penyerahan Projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Maria binti Marcus, Pengarah JKR W.P. Kuala Lumpur kepada Yang Berbahagia Tuan Megat Azlani bin Megat Ramli, Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan, Kementerian Pengajian Tinggi disaksikan oleh Yang Berusaha Ir. Razdwan Bin Kasim, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) dan Yang Berbahagia Prof. Dato’ Ir Wan Hamidon bin Wan Bardaruzzaman Pengarah Prasarana, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Majlis penyerahan ini juga turut diserikan dengan kehadiran  Pengarah Cawangan Kerja Pendidikan , Yang Berusaha Tuan Haji Noor Azman bin Ramlee, Yang Berbahagia Prof. Dato' Dr. Razman Jarmin Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri) Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM selaku wakil pengguna end user dan  pegawai-pegawai dan kakitangan daripada pejabat HOPT dan HODT.

Projek membina Tempat Letak Kereta Bertingkat Di PPUKM ini dilaksanakan secara konvensional dalaman dan telah ditender secara tender terhad. Kontrak asal projek ini telah ditamatkan pada 15 Oktober 2015 dan telah ditender semula pada 1 Mac 2016 dan syarikat Jutabina Sempurna Sdn Bhd telah dilantik untuk melaksanakan projek ini.

Harga kontrak asal projek ini adalah sebanyak RM 36,782,000.00 dan harga kontrak semasa sehingga Perakuan Siap Kerja dikeluarkan adalah berjumlah RM32,954,310.19 yakni mempunyai penjimatan sebanyak RM 3,827,689.81 (10.4%)

Skop projek ini terdiri daripada;

  • Pembinaan  satu (1) blok bangunan 10 tingkat bagi menempatkan 630 petak tempat letak kereta dan 165 petak tempat letak motosikal
  • Melebar dan menaiktaraf jalan masuk ke blok bangunan tempat letak kereta
  • Pembinaan dinding penahan Contiguous Bored Pile (CBP) menggantikan RE Wall sedia ada yang telah runtuh
  •  Pembaikan semula kerja-kerja yang telah dilaksanakan oleh kontraktor asal.

Projek ini turut disiapkan dengan jayanya secara 9 dalam 1 iaitu :

  1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) yang telah diperakukan pada 21 September 2020;
  2. Penyiapan As-Built Drawing dan Operation &  Maintenance Manual
  3. Statement of Final Account (SOFA)
  4. Serah pada Tarikh CPC
  5. Penjimatan Kos Projek  - RM 3,827,689.81
  6. Pencapaian SHASSIC (CIDB) 5 bintang
  7. Pencapaian IBS Score 76.7%
  8. Zero Lost Time Injuries
  9. Coffee Table Book

 

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Projek JKR W.P. Kuala Lumpur, Cawangan Kerja Pendidikan selaku Pengurus Program, barisan pakar HODT JKR, Jutabina Sempurna Sdn Bhd, Subkontraktor DiNamakan serta semua pihak serta agensi yang terlibat kerana telah berjaya menyiapkan projek ini dengan output kerja yang amat membanggakan.