Date: Jumaat, Februari 5, 2021

Majlis penyerahan projek PEMBINAAN BANGUNAN KULIAH TAMBAHAN BERPUSAT telah diadakan pada 05 febuari 2021 (Jumaat) bertempat di Bangunan Blok KuliahTambahan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Maria Binti Marcus, Pengarah Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kepada Yang Berbahagia Pengarah Jabatan Pembangunan & Penyelenggaraan, Lt. Kol. (B) Ir. Shahrul bin Sahusi yang mewakili pihak pelanggan. Majlis juga dihadiri oleh Yang Berusaha Pengarah Pusat Asasi, Prof. Madya Dr. Norhana binti Abdul Halim dan juga Yang Berusaha Timbalan Pengarah (Akademik dan Prasiswazah) Dr. Ahmad Farid bin Mohd. Azmi dan wakil HOPT.

Kaedah pelaksanaan projek ini adalah secara Konvensional Dalaman. Pengurus Program adalah Cawangan Kerja Pendidikan (CKP) dan JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah diberikan tanggungjawab untuk menyelia projek ini di tapak bagi memastikan kualiti projek ini pada tahap yang tertinggi. Perolehan projek ini telah dilaksanakan secara tender terbuka dan kontraktor yang berjaya adalah Chulia Fasilities Management Sdn. Bhd.
Untuk makluman, skop projek ini terdiri daripada;


● Pembinaan satu (1) blok bangunan kuliah berpusat 4 Tingkat yang merangkumi:
● Makmal Fizik & Makmal Kimia
● Bilik Kuliah sebanyak 26 Bilik termasuk 2 bilik makmal Bahasa & 2 bilik Smart Class Room dan
● Kerja-kerja luar bangunan

Harga kontrak asal projek ini adalah sebanyak RM 18,483,818.00. Harga kontrak semasa sehingga Perakuan Siap Kerja dikeluarkan adalah berjumlah RM16,180,945.88 yakni mempunyai penjimatan sebanyak RM 1.9 juta bersamaan (10.2%).
Projek ini telah disiapkan secara 6 dalam 1 dan berjaya diserahkan kepada pelanggan dalam tempoh yang telah ditetapkan dari tarikh CPC dikeluarkan pada 30.12.2020.

Perkara 6 in 1 merangkumi:


1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC);
2. Lukisan siap bina (As-Built) dan Operation & Maintenance Manual (OMM);
3. Penyata Akaun Muktamad (SOFA);
Disamping itu, beberapa pencapaian lain seperti;
4. Penjimatan Kos Projek - RM 1.9 juta
5. Zero Lost Time Injuries
6. Coffee Table Book

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan projek dapat disiapkan dengan jayanya.