Date: Khamis, Februari 2, 2023

Majlis penyerahan projek siap kepada pihak pelanggan bagi pelaksanaan Cadangan Projek Pemasangan Sistem Solar Hibrid Untuk 134 Buah Sekolah Luar Bandar Negeri Sarawak-Pakej 8 telah diadakan pada 31 Januari 2023 (Selasa) bertempat di Dewan Terbuka, Pusat Tenaga Hijau, SK Ulu Machan, Kanowit, Sarawak pada jam 5.00 petang. Projek telah berjaya disiapkan mengikut Tarikh Siap Lanjutan yang ditetapkan.

Dengan usaha dan komitmen yang tinggi oleh semua pihak yang terlibat, Projek ini turut berjaya disiapkan secara 5 dalam 1 iaitu:

  1. Sijil Perakuan Siap Kerja (Certificate of Practical Completion-CPC);
  2. Lukisan Siap Bina (As-Built Drawing);
  3. Penyiapan Penyata Akaun Muktamad (Statement Of Final Account-SOFA);
  4. Penjimatan kos kontrak; dan
  5. Penjilidan Dokumen Penyerahan serta Operation & Manual (O&M).

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Noor Ashikin binti Md. Tamimi, Pengarah Perkhidmatan Pakar, Cawangan Kejuruteraan Elektrik (CKE), Ibu Pejabat JKR Malaysia selaku Pegawai Penguasa kepada YBrs. Tuan Mohamed bin Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Pembangunan, Kementerian Pendidikan Malaysia bagi pihak Kementerian Pelanggan iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Majlis penyerahan ini turut disaksikan olehYBrs. Encik Azlan bin Arifin, Ketua Penolong Setiausaha (KPSU), Bahagian Pengurusan Aset, KPM, YBrs. Puan Agata Anak Ngawang, Jurutera Elektrik, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) dan Wakil Pegawai daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kanowit. Turut hadir sama ke majlis adalah Ir. Saiful Zuhaimi bin Ahmad, Jurutera Elektrik Penguasa Kanan, Unit Perunding Tenaga Lestari, CKE yang bertindak sebagai HOPT bagi pelaksanaan projek ini, Guru Besar SK Ulu Machan, Wakil pegawai-pegawai daripada HOPT dan HODT, Persatuan PIBG dan kakitanganSekolah, murid-murid serta Encik Wilbert Wan, Pengurus Syarikat Paragon Megalink Sdn Bhd.

Kaedah pelaksanaan projek ini adalah secara Konvensional Dalaman oleh Cawangan Kerja Pendidikan (CKP) selaku Pengurus Program dan Unit Perunding Tenaga Lestari, CKE adalah selaku HOPT dan Pasukan Rekabentuk HODT adalah terdiri daripada CKE, CKAS, CA, CKG dan CKUB. Projek secara tender terbuka ini telah dilaksanakan oleh kontraktor yang terpilih iaitu Paragon Megalink Sdn Bhd bermula pada 30 November 2020 dan telah berjaya disiapkan pada 15 Disember 2022 iaitu pada Tarikh Siap Lanjutan yang ditetapkan.

Skop utama projek ini adalah melibatkan kerja-kerja menaiktaraf sistem bekalan elektrik sedia ada iaitu stand-alone Janakuasa Diesel kepada pemasangan sistem solar hibrid yang merangkumi kerja-kerja seperti berikut:

  1. Membina dan memasang Struktur Solar (lengkap dengan Ruang Kuasa & ruang kegunaan pelbagai guna);
  2. Membekal, memasang dan konfigurasi komponen sistem solar hibrid (Solar PV module, sistem inverter, bateri solar dengan sistem penstoran tenaga daripada sodium based battery & Genset); dan
  3. Sistem Elektrik dan Kabel Pembahagian.

Objektif utama projek ini adalah bagi:

  1. Menyediakan alternatif bekalan elektrik 24 jam yang cekap dan reliable di enam (6) buah sekolah luar bandar Sarawak (yang berada di luar liputan Talian Grid Nasional) dengan menggunakan Sistem Solar Hibrid (SSH); dan
  2. Menjimatkan kos operasi, kos penyelenggaraan serta kos kitaran hayat lebih rendah berbanding sistem terdahulu iaitu stand-alone janakuasa Diesel (Genset).

Projek alternatif bekalan elektrik yang bercirikan tenaga lestari oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ini adalah merupakan usaha dalam memastikanaspirasiKerajaanuntukmempertingkatkaninfrastrukturpendidikandi kawasan luar bandar tercapai dengan matlamat akhirnya ialah untuk menyediakan persekitaran Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang berkualiti dan kondusif bagi mempertingkatkan tahap pencapaian akademik murid.

Penyerahan projek ini adalah bagi enam (6) buah sekolah di bawah kontrak (yang bersamaan 301kW kapasiti solar PV) daripada jumlah keseluruhan sebanyak 100 buah sekolah luar bandar Negeri Sarawak yang telah dan sedang dalam peringkat pembinaan bagi pemasangan sistem solar hibrid ini. Penyerahan bagi Pakej 8 ini juga merupakan Pakej pertama dikalangan Sembilan (9) Pakej yang terlibat di bawah Program ini.

Syabas dan Tahniah kepada semua pihak serta agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan penyiapan projek ini.

 

“Fasiliti Lestari : Inisiatif Masa Kini untuk Manfaat Masa Hadapan”