01 Ogos 2024 (Khamis) – Majlis Penyerahan Separa Projek Menyiapkan Baki Kerja dan Kerja-Kerja Berkaitan Bagi Projek Pusat Latihan Polis Di Pelangai, Bentong, Pahang Darul Makmur telah berlangsung dengan jayanya.
Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Ts. Hafizah binti Zakaria, Pengarah JKR Negeri Pahang selaku Pegawai Penguasa kepada YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri.
Majlis penyerahan ini telah disaksikan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri; YBrs. Ir. Maria binti Marcus, Pengarah, Cawangan Kerja Keselamatan, JKR Malaysia; dan YBrs. En. Ahmad Tarmizi bin Ismail Pengurus Besar, Ketua Bahagian Pembinaan MTD Construction Sdn. Bhd.
Skop kerja utama bagi projek ini adalah untuk menyiapkan baki kerja-kerja kontraktor terdahulu, kerja-kerja pembaikan dan kerja-kerja baharu yang berkaitan melibatkan pelbagai blok bangunan. Dengan komitmen dan sokongan daripada semua pihak, pelaksanaan Penyerahan Separa telah berjaya dilaksanakan sebagaimana hasrat pihak KDN, iaitu sebelum tarikh siap semasa pada 27 September 2024.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Projek Persekutuan JKR Negeri Pahang, Cawangan Kerja Keselamatan selaku selaku HOPT, barisan pakar HODT, WPP, Perunding, pihak kontraktor utama, sub kontraktor dinamakan serta semua pihak dan agensi yang terlibat dalam menyiapkan dan melaksanakan penyerahan separa projek ini.
- 1100 bacaan