Date: Khamis, March 30, 2023

30 Mac 2023 – Majlis Penyerahan Sijil EKSA Kendiri (DIY) kepada JKR Daerah Batang Padang, Perak Darul Ridzuan telah diadakan semasa Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT) JKR Malaysia Bil.2/2023.

Sesi penyerahan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia kepada YBrs. Ir. Razali bin Mohd Shaili, Jurutera Daerah JKR Batang Padang, Perak.

Sepertimana sedia maklum, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah menerima mandat oleh pihak MAMPU untuk melaksanakan pengauditan dan pengesyoran Audit Pensijilan EKSA Kendiri (DIY) terhadap seluruh agensi seliaan di bawah Ibu Pejabat JKR Malaysia iaitu JKR Negeri, Wilayah, KESEDAR, KETENGAH mahupun JKR Daerah.

Tahniah dan Syabas kepada warga JKR Daerah Batang atas pencapaian pensijilan EKSA Kendiri (DIY) tahap Cemerlang daripada pihak MAMPU.

JKR Daerah Batang Padang, Perak merupakan JKR Daerah yang pertama diaudit dan disyorkan oleh pasukan Juruaudit Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Dengan pensijilan ini diharapkan akan meningkatkan lagi tahap pengurusan persekitaran kerja yang lebih kondusif di samping menggalakkan warga JKR yang lebih inovatif seterusnya menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan kualiti perkhidmatan sektor awam masa kini.

Usaha dan komitmen warga kerja JKR Malaysia untuk merealisasikan EKSA DIY amatlah diharapkan dalam mencerap budaya organisasi berprestij tinggi sekaligus memperkukuhkan inspirasi ‘Malaysia Madani’ pada hari ini.