Date: Khamis, November 9, 2023

8 NOVEMBER 2023 - Satu Majlis Penyerahan Sijil Pentauliahan Champion Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dan EKSA Do-It-Yourself (EKSA DIY) Kluster Kementerian dan Agensi Pusat & Jabatan Utama (APJU) telah diadakan di Dewan Balora Perdana, Putrajaya.

Majlis dan penyerahan sijil kepada penerima sijil Champion EKSA telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah MAMPU, YBhg. Datuk Haji Rodzi bin Md Saad dan dihadiri oleh semua wakil Pengurusan Kementerian/Agensi. Turut hadir dalam penyampaian tersebut adalah Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), YBhg. Dato’ Ir. Hj. Badioezaman bin Ab Khalik bersama Tn. Ir. Hj Abdul Rani bin Harun sebagai wakil Pengurusan JKR Malaysia.

Seramai tiga (3) orang pegawai daripada JKR telah berjaya ditauliahkan sebagai Champion EKSA iaitu Ir. Ts. Mohd Fazril bin Mohamed Ramlee, Pn. Yoggitha Devi A/P Elengovan dan En. Mohamad Yusri bin Mohamed daripada Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Diharapkan dengan pengikitrafan ini dapat memberi penambahbaikan dan pembudayaan amalan EKSA secara kolektif dan sistematik kepada semua warga JKR. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada penerima sijil pentauliahan ini.

 

eksa

eksa

eksa

eksa

eksa