Date: Jumaat, March 22, 2019

MAJLIS PENYERAHAN SIJIL PERAKUAN SIAP KERJA (CERTIFICATE OF PRACTICAL COMPLETION, CPC) PROJEK PEMBINAAN HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (HPUPM) telah diadakan pada 15hb Mac 2019 (Jumaat) di Auditorium HPUPM pada jam 10:00 pagi.

Penyerahan CPC projek ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Pengarah Cawangan Kerja Pendidikan selaku Pengarah Projek HPUPM kepada YBhg. Dato’ Hj. Abdul Rahim Bin Hj. Jaafar, Pengarah Urusan Aim Concept Sdn. Bhd. selaku Kontraktor Utama Projek HPUPM.

Turut menyerikan majlis ini adalah YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan bin Md. Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya, YBrs. Ir. Kamaluddin Bin Abdul Rashid, Timbalan KPKR (Sektor Pakar), YBrs. Ar. Zairul Azidin Bin Badri, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), YBhg. Prof. Dato’ Dr. -Ing. Ir. Regunath Varatharajoo, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UPM, YBrs. En. Zulkefly Bin Alias, Timbalan Setiausaha Bahagian Kanan (Pendidikan Tinggi) (Bahagian Pembangunan) Kementerian Pendidikan Malaysia, YBrs. Prof. Ir. Dr. Faizal Mustapha, Pengarah Pembangunan dan Pengurusan Aset UPM dan YBrs. Prof. Madya Dr. Hj. Muhammad Bin Mohd Isa, Pengarah Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia dan Pengarah-Pengarah Kanan serta Pegawai-Pegawai Kanan daripada JKR, KPM dan UPM.

Pembinaan projek Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) telah bermula pada 27 Oktober 2014. Hospital ini menempatkan lebih 3000 ruang klinikal dengan keluasan 57,619m² di atas tanah seluas 45 ekar. Ia juga merupakan sebuah hospital tertiari berkapasiti 400 katil dengan komponen utama adalah 6 tingkat blok hospital, apartment jururawat, blok psikiatri, jejantas sepanjang 352m yang menghubungkan HPUPM dengan Hospital Serdang, kemudahan tempat meletak kenderaan dengan jumlah 2,075 petak untuk kereta, ambulans dan OKU, 405 petak motorsikal serta blok-blok sokongan.

Terdapat 11 disiplin, 70 sub-bidang kepakaran dengan pengkhususan 7 bidang utama iaitu Stroke Intensive Care, Zoonotic, Gerontology, Cancer, Men Health, Skin Diseases & Immunology dan Sport Injury & Arthroscopy Surgery. Selain itu, terdapat 9 klinik pakar, 12 dewan bedah serta 12 jenis wad dengan kelengkapan peralatan perubatan yang canggih seperti Magnetic Resonance Imaging (MRI), Computerized Tomography Scan (CT-Scan), Angiography dan Sistem Pembedahan Robotic 4-Arms. Kesemua ini dibina dengan peruntukan kontrak semasa bernilai RM582,227,497.73 - secara purata RM1.2 juta bagi 1 katil pesakit.

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Pengarah Cawangan Kerja Pendidikan selaku Pengarah Projek dan pasukannya (Pasukan Projek, HOPT dan HODT) yang berjaya menyiapkan projek ini serta menyerahkan Sijil Perakuan Siap Kerja kepada Kontraktor pada 15hb Mac 2019. Kerjasama ini telah mencapai kejayaan yang sungguh membanggakan kerana projek ini berjaya disiapkan 16 hari lebih awal daripada Tarikh Siap Kontrak iaitu 31hb Mac 2019.

Tahniah dan Syabas juga kepada pihak Kontraktor, Aim Concept Sdn. Bhd., pasukan perunding dan sub-kontraktor yang terlibat kerana telah berjaya menyiapkan projek ini dengan hasil kerja yang berkualiti serta berjaya memenuhi kriteria siap 14 Dalam 1 iaitu;

1. Sijil Perakuan Siap Kerja (Certificate of Practical Completion, CPC);
2. Lukisan Siap Bina (As-Built Drawings);
3. Penyata Akaun Muktamad (Statement of Final Account, SOFA);
4. Projek berjaya disiapkan dua (2) minggu lebih awal;
5. Asset Tagging bagi 90,250 bilangan aset;
6. Fire Certificate diterima sebelum CPC;
7.Skor IBS mencapai 80.5 melebihi skor 70 yang ditetapkan, merangkumi komponen utama columns, beams, half slab dan AAC bricks
8. Pengiktirafan 4 bintang SHASSIC oleh CIDB;
9. Pengiktirafan Quality Certified (QLASSIC) oleh CIDB;
10.Pengiktirafan 4 bintang bagi penarafan hijau (pHJKR) oleh CASKT;
11.Zero Major Defects - Tiada kecacatan  yang  besar;
12.Lost Time Injuries (LTI) - tiada kemalangan besar sepanjang 3,367,842 jam bekerja;
13.Penjimatan kos kontrak yang memberi kelebihan kepada pelanggan untuk membuat pembelian tambahan peralatan perubatan ke atas baki siling projek; dan
14.Coffee Table Book bertajuk ’Aspire – The Determination To Succeed’ berjaya  dihasilkan.

Semoga dengan kejayaan projek ini akan dapat menetapkan penanda aras baru di JKR, dan ianya selaras dengan visi Jabatan 'untuk menjadikan JKR sebagai penyedia perkhidmatan teknikal bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan dalam Pengurusan Aset, Pengurusan Projek dan Perkhidmatan Kejuruteraan untuk pembangunan dan infrastruktur negara melalui modal insan yang kreatif dan inovatif.’

SETINGGI TAHNIAH diucapkan kepada seluruh pasukan projek (Pasukan Projek HPUPM, HOPT, HODT dan Kontraktor) di atas kejayaan menyiapkan projek HPUPM mengikut jadual serta memenuhi kriteria siap 14 DALAM 1. Syabas!

Sila klik link di bawah untuk:
Gambar Sekitar Majlis
Video Projek
Video Coffee Table Book