Date: Jumaat, Jun 8, 2018

Majlis Penyerahan Sijil Sistem Pengurusan Bersepadu JKR yang melibatkan  Sijil Sistem Pengurusan Kualiti, Sijil Pengurusan Alam Sekitar dan Sijil Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan telah berlangsung dengan jayanya semasa  Mesyuarat Pengarah (MP) JKR Malaysia Bil 4/2018 pada 6 Jun 2018 di Bilik Berlian  Menara Kerja Raya Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Penyerahan sijil disempurnakan oleh Pn. Nor'Afiza Binti Saim, Pengurus Besar Kanan, dari Jabatan Persijilan Sistem Pengurusan Sirim QAS International Sdn Bhd kepada YBhg Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia.

JKR telah berjaya memperolehi sijil Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015 serta Sijil Pengurusan Alam Sekitar ISO 14001:2015 masing - masing menggantikan ISO 9001:2008 dan ISO 14001:2004. Pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015 adalah sah sehingga 8 Mei 2021 dan pensijilan Sistem Pengurusan Alam Sekitar ISO 14001:2015 adalah sah sehingga 18 Jun 2020. JKR Malaysia turut memperolehi Sijil Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan OHSAS 18001:2007 yang akan tamat pada 14 Mei 2021.

JKR Malaysia berharap agar Sistem Pengurusan Bersepadu ini akan terus berperanan sebagai pemangkin dalam penyampaian projek dan perkhidmatan kejuruteraan yang diamanahkan, menjadikannya lebih cekap dan bersistematik bagi memenuhi objektif kualiti serta kepuasan pihak pelanggan.