Date: Khamis, Jun 25, 2020

Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) 3 dalam 1  bagi projek Pembinaan Kolam Menyelam Tempur Kem 21 GGK Di Mersing, Johor telah berlangsung pada hari Khamis, 25 Jun 2020 di Bilik Mesyuarat Menteri, Aras 35, Menara Kerja Raya (Blok G), Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya, Kuala Lumpur.

Majlis disempurnakan oleh YBrs Ir. Razdwan Bin Kasim, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), kepada kontraktor yang berjaya iaitu Lambang Cipta Sdn. Bhd dengan penyerahan dokumen Surat Setuju Terima (SST) dan lukisan pembinaan serta pemakluman surat pelantikan Pegawai Penguasa. Majlis diteruskan dengan sesi tandatangan Aku Janji Kontraktor oleh Lambang Cipta Sdn Bhd disaksikan YBrs. TKPKR. Turut hadir bersama adalah Pengarah Cawangan Kerja Keselamatan, Ir. Dzarif Bin Yaacob selaku Pengurus Program Projek.

HOPT bagi projek ini adalah Bahagian Pengurusan Projek 2, Cawangan Kerja Keselamatan manakala Pengarah JKR Negeri Johor dilantik sebagai Pegawai Penguasa. Tempoh siap adalah selama 104 minggu dengan tarikh milik tapak pada 9 Julai 2020 dan tarikh siap pada 6 Julai 2022.

JKR selaku agensi pelaksana kerajaan memikul amanah rakyat untuk memastikan serta memenuhi aspirasi kerajaan agar projek ini dapat disiapkan dengan sempurna, berkualiti & tepat pada masa sepertimana yang telah dijanjikan.

Berita oleh;
Bahagian Pengurusan Projek 2

Cawangan Kerja Keselamatan