Date: Khamis, Disember 31, 2020

Bertempat di Tingkat Mezzanine, Blok G, Menara Kerja Raya, pada 30 Disember 2020, 2.00 petang telah berlangsung Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan penyerahan surat rasmi perlantikan Pegawai Penguasa bagi projek  Cawangan Kerja Kesihatan (CKK) yang melibatkan projek-projek seperti berikut; 

  1. Menyiapkan Baki Kerja Terbengkalai Bagi Cadangan Pembinaan Hospital Petrajaya (300 Katil) Petrajaya, Kuching, Sarawak (Reka & Bina) – Tender Semula
  2. Menyiapkan Baki Kerja Bagi Hospital (40 Katil) Bera, Pahang (Pakej 2 – Kerja Bangunan dan Lain-lain Kerja Berkaitan)

 

Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya dan turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Ir. Radzwan bin Kasim, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), dengan penyerahan dokumen Surat Setuju Terima (SST) kepada kontraktor yang berjaya iaitu; Blackfox Engineering Sdn. Bhd dan Marimas Sdn. Bhd. serta penyerahan surat pelantikan Pegawai Penguasa kepada Pengarah Pasukan Projek Khas 2 (PPK2), En. Morni Bin Buang (Menanggung Tugas Pengarah PPK2) dan Ketua Pasukan Projek Persekutuan Negeri JKR Pahang, Ir. Hj. Abu Bakar Bin Md.Sidek. Majlis turut dimeterai dengan sesi tandatangan dan ikrar Akur Janji kedua-dua kontraktor yang disaksikan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya.

Turut hadir bersama adalah Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan, YBrs. Ar. IDr. Azman Bin Md Hashim selaku Pengurus Program Projek, Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan, Kementerian Kesihatan Malaysia, YBrs. En. Dhanesh Kumar a/l Danesekaran,  Pengarah Rekabentuk Cawangan Kerja Mekanikal, YBrs. Ir. Suhaili bin Mansor, Pengarah Khidmat Rekabentuk Cawangan Kerja Awam dan Struktur, YBrs. Ir. Hjh. Atikah binti Abdul Hamid, Pengarah JKR Pahang, Ir. Hafizah Binti Zakaria, Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan, Ir. Abduldan Bin Adtong selaku Ketua unit BPP5, Wakil Ketua Bahagian Pengurusan Projek 2 CKK, Jurutera Elektrikal Penguasa, Ir. Shahrul Affendy Bin Abu Bakar dan Warga Bahagian Pengurusan Projek 2 dan 5, Cawangan Kerja Kesihatan dan wakil-wakil dari pejabat HODT pakar yang terlibat.

KPKR melalui ucapan perasmiannya menetapkan arahan kepada kontraktor yang berjaya melaksanakan projek dengan tekun dan teratur serta memastikan projek tidak mengalami kelewatan lebih daripada 10%. JKR selaku agensi pelaksana kerajaan memikul amanah rakyat untuk memastikan serta memenuhi aspirasi kerajaan agar projek ini dapat disiapkan dengan sempurna, berkualiti & tepat pada masa sepertimana yang telah dijanjikan.