Date: Isnin, Julai 20, 2020

MAJLIS PENYERAHAN SST DUA (2) PROJEK CAWANGAN KERJA PENDIDIKAN DAN SURAT PERLANTIKAN PENGARAH PROJEK & PEGAWAI PENGUASA BAGI PROJEK: -

  1. MEREKABENTUK, MEMBINA DAN MENYIAPKAN PROJEK KAMPUS BARU KOLEJ KOMUNITI JELI (REKA DAN BINA). (TAWARAN SEMULA), dan
  2. USM - PEMBINAAN TANGKI MENARA DAN RUMAH PAM AIR DI KAMPUS KESIHATAN

Bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 10, Maju Tower pada 20 Julai 2020, telah berlangsung Majlis Penyerahan Surat Setujuterima Tender (SST) dan penyerahan surat rasmi pelantikan Pengarah Projek dan Pegawai Penguasa bagi projek-projek Cawangan Kerja Pendidikan (CKP) seperti berikut; 

  1. Merekabentuk, Membina Dan Menyiapkan Projek Kampus Baru Kolej Komuniti Jeli (Reka Dan Bina). (Tawaran Semula),
  2. USM - Pembinaan Tangki Menara Dan Rumah Pam Air Di Kampus Kesihatan

Majlis telah disempurnakan oleh YBrs Ir. Razdwan Bin Kasim, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), dengan penyerahan dokumen Surat Setujuterima Tender (SST) kepada kontraktor yang berjaya iaitu; SEPAKAT WAJA RESOURCES SDN. BHD. dan KIJANG PRIMA TRADING serta penyerahan surat pelantikan Pengarah Projek dan Pegawai Penguasa kepada wakil Pengarah JKR Kelantan dan Jurutera Jajahan Kota Bharu. Majlis turut disertakan dengan sesi Akur Janji Kontraktor bagi kedua-dua kontraktor dengan disaksikan oleh YBrs. TKPKR (Sektor Bangunan).

Turut hadir bersama adalah wakil pelanggan iaitu Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, wakil Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Pengarah Kolej Komuniti Jeli, wakil Universiti Sains Malaysia, Ketua-ketua Unit di Cawangan Kerja Pendidikan dan wakil-wakil dari pejabat HODT yang terlibat.

HOPT bagi projek-projek ini adalah Bahagian Pengurusan Projek 6 (BPP6) dan Bahagian Pengurusan Projek 3 (BPP3), Cawangan Kerja Pendidikan.

JKR selaku agensi pelaksana kerajaan memikul amanah rakyat untuk memastikan serta memenuhi aspirasi kerajaan agar projek ini dapat disiapkan dengan sempurna, berkualiti & tepat pada masa sepertimana yang telah dijanjikan.