Date: Isnin, Ogos 17, 2020

Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia melalui Cawangan Kerja Kesihatan telah mengadakan Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan penyerahan surat rasmi perlantikan Pegawai Penguasa bagi Projek Klinik Kesihatan Jenis 4 (KK4), Pulau Pangkor, Perak bertempat di Lobi Aras 1, Blok G, Menara Kerja Raya, pada 12 Ogos 2020 jam 10.00 pagi. 

Majlis telah disempurnakan oleh YBrs Ir. Razdwan Bin Kasim, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), dengan penyerahan dokumen Surat Setuju Terima (SST) kontraktor yang berjaya iaitu; Utusan Teguh Sdn. Bhd. serta penyerahan surat perlantikan Pegawai Penguasa kepada Pengarah JKR Perak yang diwakili oleh Ir. Ramendra Loganathan , Jurutera Daerah Manjung, Perak. Majlis turut dimerterai dengan sesi tandatangan Akur Janji Kontraktor oleh kontraktor disaksikan YBrs. TKPKR (Sektor Bangunan).

Turut hadir bersama adalah Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan, Ar. IDr. Azman Bin Md. Hashim selaku Pengurus Program Projek, En Hasan bin Muda, Timbalan Setiausaha Bahagian, Kementerian Kesihatan Malaysia, Ar. Thulasaidas Sivasubramaniam, Arkitek Penguasa Kanan selaku Ketua Bahagian Pengurusan Projek 1, Ketua-ketua Bahagian CKK dan Warga Bahagian Pengurusan Projek 1, Cawangan Kerja Kesihatan dan wakil-wakil dari pejabat HODT yang terlibat.

JKR selaku agensi pelaksana kerajaan memikul amanah rakyat untuk memastikan serta memenuhi aspirasi kerajaan agar projek ini dapat disiapkan dengan sempurna, berkualiti & tepat pada masa sepertimana yang telah dijanjikan.

#jasakepadarakyat #infraprihatin

Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) kepada kontraktor berjaya

Penyerahan surat rasmi perlantikan Pegawai Penguasa