Date: Khamis, Julai 9, 2020

Bertempat di Bilik Mesyuarat Nilam, Aras 16, Menara PJD, pada 25 Jun 2020, 2.30 petang telah berlangsung Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST), menandatangani Akur Janji Kontraktor Penyiap dan penyerahan surat rasmi perlantikan Pegawai Penguasa bagi Projek Menyiapkan Baki Kerja Cadangan Pembinaan Kolam Renang di Kompleks Sukan Tawau, Sabah.

Majlis telah disempurnakan oleh YBrs Puan Samini Binti Hj. Omar, Pengarah Cawangan Kerja Bangunan Am 2, mewakili Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) dengan penyerahan dokumen Surat Setuju Terima (SST) kontraktor penyiap yang berjaya iaitu; Minat Harapan Enterprise Sdn Bhd serta penyerahan surat pelantikan Pegawai Penguasa kepada Pengarah Pasukan Projek Khas 2, Ir. Roslina Binti Abdul Rahman. Majlis turut dimeterai dengan sesi tandatangan Akur Janji Kontraktor yang disaksikan oleh YBrs. Puan Pengarah CKBA2.

Turut hadir bersama adalah wakil Bahagian Pembangunan, Kementerian Belia dan Sukan, En. Saifullah Hafizi Bin Abdul Jalil, En. Azmi Bin Wahab selaku Ketua Unit Bahagian Pengurusan Projek 1, Cawangan Kerja Bangunan Am 2, wakil daripada Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, Sr. Majmin Binti Syeed Ahmad, Juruukur Bahan Penguasa Kanan, wakil dari pejabat TPKR (Sektor Bangunan), Ir. Mohd Zamri Mohamud dan Sr. Mohd Nazmi Mohamed, warga Bahagian Pengurusan Projek 1, Cawangan Kerja Bangunan Am 2 dan wakil-wakil dari pejabat HODT yang terlibat.

JKR selaku agensi pelaksana kerajaan memikul amanah rakyat dalam memastikan serta memenuhi aspirasi kerajaan agar projek ini dapat disiapkan dengan sempurna, berkualiti & tepat pada masa sepertimana yang telah dijanjikan kepada pelanggan.

#jasakepadarakyat #infraprihatin