Date: Khamis, Jun 25, 2020

MAJLIS PENYERAHAN SST TIGA (3) PROJEK CAWANGAN KERJA KESIHATAN  DAN SURAT PERLANTIKAN PEGAWAI PENGUASA BAGI PROJEK PEMBINAAN BANGUNAN TAMBAHAN HOSPITAL MIRI, SARAWAK (REKA DAN BINA) - TENDER SEMULA, CADANGAN PEMBINAAN HOSPITAL LAWAS (76 KATIL) FASA 2B : KERJA-KERJA BANGUNAN DAN BERKAITAN - TENDER SEMULA DAN KUARTERS KAKITANGAN KESIHATAN W.P LABUAN - TENDER SEMULA     

Bertempat di Lobi Aras 1, Blok G, Menara Kerja Raya, pada 24 Jun 2020, 12.00 tengahari telah berlangsung Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan penyerahan surat rasmi perlantikan Pegawai Penguasa bagi projek  Cawangan Kerja Kesihatan (CKK) yang melibatkan projek-projek seperti berikut; 

  1. Pembinaan Bangunan Tambahan Hospital Miri, Sarawak (Reka dan Bina) - Tender Semula
  2. Cadangan Pembinaan Hospital Lawas (76 Katil) Fasa 2B : Kerja-kerja Bangunan dan Berkaitan - Tender Semula
  3. Kuarters Kakitangan Kesihatan W.P. Labuan - Tender Semula

Majlis telah disempurnakan oleh YBrs Ir. Razdwan Bin Kasim, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), dengan penyerahan dokumen Surat Setuju Terima (SST) kontraktor yang berjaya iaitu; Riaplus Sdn Bhd., MCS Management Sdn. Bhd. dan  Lambaian Delta Sdn. Bhd. serta penyerahan surat pelantikan Pegawai Penguasa kepada Pengarah Pasukan Projek Khas 2, Ir. Roslina Binti Abdul Rahman dan Pengarah JKR Labuan,  Ir. Haji Ibrahim Bin Esa. Majlis turut dimerterai dengan sesi tandatangan Akur Janji Kontraktor ketiga-tiga kontraktor disaksikan YBrs. TKPKR (Sektor Bangunan).

Turut hadir bersama adalah Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan, Ar. IDr. Azman Bin Md Hashim selaku Pengurus Program Projek, Dr. Mohd Khalid Bin Abd Samad, Timbalan Setiausaha Bahagian Kanan, Bhg. Pembangunan Kementerian Kesihatan Malaysia, Pengarah Bahagian Rekabentuk dan Pembangunan Kepakaran Cawangan Arkitek, Nik Ainun Zanariah binti Nik Abdul Rashid, Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan, Ir. Abduldan Bin Adtong selaku Ketua unit BPP5, Ketua-ketua Unit dan Warga Bahagian Pengurusan Projek 5, Cawangan Kerja Kesihatan dan wakil-wakil dari pejabat HODT yang terlibat.

HOPT bagi projek ini adalah Bahagian Pengurusan Projek 5, Cawangan Kerja Kesihatan telah berjaya melaksanakan penyerahan 3 SST bagi 3 projek dalam satu masa.

JKR selaku agensi pelaksana kerajaan memikul amanah rakyat untuk memastikan serta memenuhi aspirasi kerajaan agar projek ini dapat disiapkan dengan sempurna, berkualiti & tepat pada masa sepertimana yang telah dijanjikan.

#jasakepadarakyat #infraprihatin