Date: Rabu, November 25, 2020

MAJLIS PENYERAHAN SST TIGA (3) PROJEK CAWANGAN KERJA PENDIDIKAN DAN SURAT PERLANTIKAN PENGARAH PROJEK & PEGAWAI PENGUASA BAGI PROJEK: -

  1. PEMBINAAN TAMBAHAN 35 BILIK DARJAH DI SEKOLAH-SEKOLAH WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA (REKA & BINA),
  2. PEMBINAAN SEKOLAH BAHARU 30 BILIK DARJAH DAN LAIN-LAIN KEMUDAHAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TOK JEMBAL, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU (TAWARAN SEMULA), dan
  3. USM - MENAIKTARAF, MEMBAIKPULIH & MENGUBAHSUAI INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN HOSPITAL USM KAMPUS KESIHATAN, KUBANG KERIAN, KELANTAN (REKA & BINA)

Bertempat di Mezanine Kanan, Aras M, Blok G, Ibu Pejabat JKR pada 25 November 2020, telah berlangsung Majlis Penyerahan Surat Setujuterima Tender (SST) dan penyerahan surat rasmi perlantikan Pengarah Projek dan Pegawai Penguasa bagi projek-projek Cawangan Kerja Pendidikan (CKP) seperti berikut; 

  1. Pembinaan Tambahan 35 Bilik Darjah Di Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan Putrajaya (Reka & Bina)
  2. Pembinaan Sekolah Baharu 30 Bilik Darjah Dan Lain-Lain Kemudahan Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Jembal, Kuala Terengganu, Terengganu (Tawaran Semula)
  3. USM - Menaiktaraf, Membaikpulih & Mengubahsuai Infrastruktur Dan Kemudahan Hospital USM Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan (Reka & Bina)

Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly Bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya, dengan penyerahan dokumen Surat Setujuterima Tender (SST) kepada kontraktor yang berjaya iaitu; MALAYSIAN RESOURCES CORPORATION BERHAD (MRCB), SEKILAU BINA SDN. BHD dan KOPERASI PESERTA-PESERTA FELCRA MALAYSIA BERHAD serta penyerahan surat pelantikan Pengarah Projek dan Pegawai Penguasa kepada Pengarah JKR Wilayah Putrajaya

Turut hadir bersama adalah wakil pelanggan iaitu Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia dan wakil-wakil dari pejabat HODT yang terlibat.

HOPT bagi projek-projek ini adalah Bahagian Pengurusan Projek 6 (BPP6), Bahagian Pengurusan Projek 2 (BPP2) dan Bahagian Pengurusan Projek 3 (BPP3), Cawangan Kerja Pendidikan.

Adalah menjadi harapan agar projek-projek ini dapat dilaksanakan dengan kualiti yang menepati spesifikasi, masa dan kos yang ditetapkan di samping mematuhi keperluan Pihak Berkuasa Tempatan.