Date: Rabu, Januari 31, 2024

31 Januari 2024 - Bertempat di Tingkat 5, Blok F, Ibu Pejabat JKR Malaysia, telah berlangsung Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Pegawai Penguasa dan Surat Setuju Terima (SST) bagi projek-projek Kementerian Pendidikan Malaysia, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang dilaksanakan oleh Cawangan Kejuruteraan Cerun, Ibu Pejabat JKR Malaysia. Majlis ini telah disempurnakan oleh Dato' Ir. Haji Ibrahim bin Esa, Pengarah Kanan, Cawangan Jalan yang menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra).

 

Sebanyak empat (4) Penyerahan Surat Pelantikan Pegawai Penguasa dan Surat Setuju Terima (SST) telah dilaksanakan  seperti berikut:

1. Projek Pembaikan Cerun Dan Kerja-Kerja Berkaitan Di Sekolah Kebangsaan Pekan Tenghilan,Tuaran, Sabah kepada Pemborong Binsilon Maju. Pegawai Penguasa Projek adalah Pasukan Projek Khas 2, Sabah.

2. Projek Pembaikan Cerun Dan Kerja-Kerja Berkaitan Di Sekolah Kebangsaan Sabandil Papar, Sabah kepada TRH Builders. Pegawai Penguasa Projek adalah Pasukan Projek Khas 2, Sabah.

3. Projek Pembaikan Cerun Dan Kerja-Kerja Berkaitan Di Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Jelebu, Negeri Sembilan kepada Erabena Jaya Resources. Pegawai Penguasa Projek adalah Jurutera Daerah JKR Jelebu.

4. Kerja-Kerja Pembaikan Cerun Di Koa Ampang Woh, Batang Padang, Perak kepada Tirta Bina Sdn Bhd. Pegawai Penguasa Projek adalah Jurutera Daerah JKR Batang Padang.

 

Majlis turut dihadiri oleh wakil Institut Latihan Islam Malaysia, Ir. Mohd Shaifuddin Bin Abdul Razak Pengarah Cawangan Kejuruteraan Cerun, wakil daripada Bahagian Forensik Tanah Runtuh, dan Bahagian Ukur Bahan, Cawangan Kejuruteraan Cerun. Syabas dan tahniah diucapkan kepada kontraktor yang dilantik dan semoga dapat memberi komitmen sepenuhnya untuk menyiapkan projek dalam tempoh kontrak yang telah ditetapkan.