Date: Khamis, Disember 21, 2023

20 Disember 2023 - Bertempat ditingkat 5, Blok F, Ibu Pejabat JKR Malaysia, telah berlangsung Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Pegawai Penguasa dan Surat Setuju Terima (SST) bagi projek-projek Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah yang dilaksanakan oleh Cawangan Jalan, JKR Malaysia. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Ibrahim bin Esa, Pengarah Kanan, Cawangan Jalan.

Sebanyak lima (5) Penyerahan Surat Pelantikan Pegawai Penguasa dan Surat Setuju Terima (SST) telah dilaksanakan seperti berikut:

  1. Projek Membina Jambatan Sempit Di Jalan Aur Duri, Kota Bharu, Kelantan;
  2. Projek Membina Jambatan Kg. Kerinting, Gua Musang, Kelantan;
  3. Projek Membina Jambatan Kg. Sungai Sol, Raub, Pahang
  4. Projek Membina Jambatan Baru Di Jalan Bukit Kubur, Mukim Mahang, Daerah Kulim Bandar Baharu, Kedah; dan
  5. Projek Membina Dan Menggantikan Jambatan Gantung Kampung Kurnia Diraja, Tampin, Negeri Sembilan

Majlis turut dihadiri oleh wakil Kementerian Pelanggan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, HOPT iaitu Bahagian Pengurusan Projek Luar Bandar, Cawangan Jalan dan wakil HODT yang terlibat.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada kontraktor yang dilantik dan semoga dapat memberi komitmen sepenuhnya untuk menyiapkan projek dalam tempoh kontrak yang telah ditetapkan.

sst projek kkdw

sst projek kkdw

sst projek kkdw

sst projek kkdw

sst projek kkdw