Date: Rabu, Januari 3, 2024

Kuantan, 21 Disember 2023. Satu Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima kepada kontraktor berjaya bagi 2 Projek iaitu Projek Daif Pahang (2023) – Pembinaan Semula Bangunan Daif Di Sekolah Kebangsaan (LKTP) Kg Awah, Maran, Pahang (CBA9048) Dan Projek Daif Pahang (2023) – Pembinaan Semula Bangunan Daif Di Sekolah Menengah Kebangsaan Bentong, Pahang telah berlangsung di Pejabat JKR Negeri Pahang.
Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima ini telah disempurnakan oleh Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang, YH. Dato’ Ir. Ts. Hafizah Binti Zakaria, DIMP., kepada pihak kontraktor dan turut dihadiri oleh Juruukur Bahan Penguasa Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan JKR Pahang, Sr. Jaidi Bin Abd Raof selaku HODT bagi projek ini.

Juruukur Bahan Penguasa Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan, Sr Jaidi Bin Abd Raof juga turut menyerahkan Watikah Aku Janji Kontraktor kepada Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang, YH. Dato’ Ir. Ts. Hafizah Binti Zakaria, DIMP., disusuli dengan bacaan ikrar oleh kontraktor yang terlibat.
Kaedah perlaksanaan projek-projek ini adalah secara Konvensional Dalaman oleh Cawangan Kerja Pendidikan (CKP) selaku Pengurus Program dan HOPT serta Pegawai Penguasa projek ini adalah Jurutera Daerah JKR Maran dan Jurutera Daerah JKR Bentong. Skop kerja yang terlibat untuk kedua-dua projek ini adalah kerja-kerja awalan, kerja-kerja bangunan kantin dan luar bangunan serta kerja-kerja elektrik dan mekanikal. Kerja-kerja ini juga merupakan kerja meroboh kantin sekolah yang lama dan membuat semula kantin sekolah.
Di dalam ucapan Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima, Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang, mengucapkan tahniah kepada pihak kontraktor yang telah berjaya membida projek ini dan menjadi penanda aras dan contoh kepada projek-projek daif lain di seluruh Malaysia.