Date: Rabu, Disember 27, 2023

Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) telah berlangsung pada 21 Disember 2023 (Khamis) jam 3.00 petang, bertempat di Lobi Aras 23, Blok G, Menara Kerja Raya. Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Shukri Bin Ishak, Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan dengan penyerahan Surat Setuju Terima (SST) 2 dalam 1 kepada kontraktor yang berjaya iaitu Utusan Teguh Sdn. Bhd. dan surat rasmi Pelantikan Pengarah Projek (S.O.) bagi projek ini, Ir. Dr. Hasli Bin Ibrahim, Pengarah JKR Negeri Terengganu. Majlis turut dimeterai dengan sesi bacaan dan tandatangan Aku Janji Kontraktor dan disaksikan oleh YBrs. Ir. Shukri Bin Ishak.

Turut hadir bersama Mohd Saiful Bin Mohd Zain dan Mohd Bambang Bin Mualip dari Bahagian Pembangunan, Kementerian Kesihatan Malaysia; HOPT projek, Ir. Mohamad Salzeli Bin Moktar, A.N.S.; wakil HODT Mekanikal, Mohamad Fidaiy Bin Mohd Zakir dan wakil HODT Struktur, Nor Asyikin Binti Suratman.

Pusat Pakar Pergigian ini akan berfungsi sebagai pusat sehenti bagi penjagaan pergigian pakar Non-hospital based bagi pelbagai disiplin yang lengkap di negeri Terengganu dan negeri Pantai Timur (Pahang dan Kelantan). Ianya melibatkan empat kepakaran iaitu Ortodontik, Periodontik, Pergigian Restoratif dan Kesihatan Awam Pergigian, Skop keseluruhan projek ini adalah terdiri daripada:

1. Bangunan baharu untuk Pusat Pakar Pergigian (Non Hospital Based) bagi menempatkan 18 unit Dental Chair Cum Unit (DCCU).

2. Perolehan Peralatan Perubatan & Bukan Perubatan

Tahniah diucapkan kepada kontraktor yang berjaya iaitu Utusan Teguh Sdn. Bhd. Semoga dapat melaksanakan projek ini dalam tempoh yang dipersetujui selama 183 minggu dengan sempurna serta berkualiti seperti mana yang telah ditetapkan di dalam kontrak.

Tahniah juga diucapkan kepada Bahagian Pengurusan Projek 3 yang diketuai Ir. Mohamad Salzeli bin Moktar dan semua pasukan projek yang terlibat.

sst klinik pakar pergigian terengganu

sst klinik pakar pergigian terengganu

sst klinik pakar pergigian terengganu

sst klinik pakar pergigian terengganu

sst klinik pakar pergigian terengganu