Date: Jumaat, April 5, 2024

Pada 21 Mac 2024 telah berlangsung Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi projek PROJEK PEMBINAAN BLOK BAHARU PUSAT PERKHIDMATAN STEM SEL, HOSPITAL PULAU PINANG (REKA & BINA) yang telah disempurnakan oleh YBrs. Ir Shukri bin Ishak, Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan bertempat di Blok G, Menara Kerja Raya, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan dan sesi berikutnya diteruskan dengan aturcara penyerahan Surat Pelantikan Pegawai Penguasa kepada Ir. Ts. Mohamad Kamal Bin Mohd Raudzi, wakil Pengarah JKR Pulau Pinang serta Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) kepada kontraktor yang berjaya.

Skop projek ini adalah membina sebuah blok baharu perkhidmatan stem sel yang terdiri daripada;

  • Wad pemindahan sum-sum tulang
  • Apheresis Unit
  • Makmal Stem sel
  • Pembelian peralatan perubatan (G3 & G4) serta lain-lain perkhidmatan sokongan

Tahniah diucapkan kepada kontraktor yang berjaya iaitu Marimas Sdn Bhd. Semoga kontraktor dapat melaksanakan projek ini dalam tempoh yang dipersetujui selama 156 minggu dengan sempurna mengikut spesifikasi dan kos seperti mana yang telah ditetapkan di dalam kontrak.

Tahniah juga diucapkan kepada pasukan yang terlibat dalam menjayakan projek ini sehingga selesai SST diketuai En. Massrol Nizzam bin Md Salleh (BPP1 CKK), pasukan HODT Ibu Pejabat JKR Malaysia serta lain-lain pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.