Date: Isnin, Disember 18, 2023

11 Disember 2023 jam 3.00 petang telah berlangsung Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi projek PEMBINAAN KLINIK KESIHATAN (JENIS 2) DENGAN KUARTERS PADANG SERAI, DAERAH KULIM, KEDAH (GANTIAN) FASA 1: KLINIK KESIHATAN (JENIS 2) BESERTA BLOK SOKONGAN yang telah disempurnakan oleh YBrs. Ir Shukri bin Ishak, Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan bertempat di Blok G, Menara Kerja Raya, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan dan sesi berikutnya diteruskan dengan aturcara penyerahan Surat Pelantikan Pegawai Penguasa kepada wakil Pengarah JKR Kedah serta Penyerahan Surat Setuju Terima, Dokumen Kontrak dan Lukisan Pembinaan (3 in 1) kepada kontraktor yang berjaya.

Projek Pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 2) Dengan Kuarters Padang Serai ini dilaksanakan secara berfasa dimana Fasa 1 ini adalah melibatkan

  1. Klinik Kesihatan Jenis 2 (PAP KK2 + ID) dengan kompenan tambahan Infectious Disease (ID), TPC-OCHIS dan CCTV
  2. Blok Sokongan (Pondok Pengawal, Stor Mudah Terbakar, Garaj Ambulan dan Rumah Pam)
  3. Perolehan Peralatan Perubatan & Bukan Perubatan
  4. Perobohan bangunan Klinik Pergigian, Klinik Kesihatan Permatang Durian, 4 unit kuarters, 2 unit Bilik Saringan, garaj dan stor

Tahniah diucapkan kepada kontraktor yang berjaya iaitu Bilang Nombor Sdn Bhd. Semoga kontraktor dapat melaksanakan projek ini dalam tempoh yang dipersetujui selama 130 minggu dengan sempurna mengikut spesifikasi dan kos seperti mana yang telah ditetapkan di dalam kontrak.

Tahniah juga diucapkan kepada Bahagian Pengurusan Projek 1 yang diketuai En. Massrol Nizzam bin Md Salleh dan semua pasukan projek yang terlibat.

SST Padang Serai

SST Padang Serai

SST Padang Serai

SST Padang Serai

SST Padang Serai