Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Pelantikan Pegawai Penguasa bagi Projek Pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 2) USJ 1, Subang Jaya, Petaling Jaya, Selangor telah berlangsung pada 24 April 2025 di Menara Kerja Raya, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya bersama-sama YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim Bin Esa, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Bangunan; YBrs. Ir. Haji Suhaili Bin Mansor, Pengarah Kanan Cawangan Kerja Mekanikal dan Wakil KKM, Dr. Mohammed Azahar bin Mohammed Nawi.
Majlis dimulakan dengan ucapan oleh YB Timbalan Menteri dan disusuli dengan penyerahan Surat Pelantikan Pegawai Penguasa kepada YBrs. Ir. Haji Shukri Bin Ishak, Pengarah JKR Negeri Selangor. Majlis diteruskan dengan penyerahan dokumen Surat Setuju Terima (SST) kepada kontraktor yang berjaya, Atlantas Construction Sdn Bhd.
Timbalan Menteri Kerja Raya turut merakamkan penghargaan kepada Pasukan JKR Malaysia atas usaha dan dedikasi mereka dalam memastikan kejayaan fasa Perancangan, Rekabentuk, dan Perolehan. Pelaksanaan projek berimpak tinggi ini diharapkan dapat memberikan manfaat besar kepada komuniti setempat.
Di samping itu, Timbalan Menteri menekankan harapan agar pihak kontraktor dapat menyelesaikan projek ini mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan dalam jangka masa yang ditentukan, sambil mengekalkan kualiti pembinaan yang tinggi. Dengan semangat kerjasama, komitmen, dan dedikasi yang kukuh dari semua pihak, projek ini dijangka akan mencapai kejayaan besar, memberikan manfaat kepada jabatan serta pemegang taruh.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 2836 bacaan