Date: Khamis, November 14, 2024

Kuantan, 8 November 2024 - Satu Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima dan Aku Janji kepada kontraktor berjaya bagi Projek Pembinaan Dewan Serbaguna Terbuka Berbumbung Sekolah Di Negeri Pahang, telah diadakan bagi projek sepertimana dibawah :-  

BIL

PERKARA / PROJEK

1.

Pembinaan Dewan Terbuka Berbumbung Sekolah Di Negeri Pahang – SK Temin.

2.

Pembinaan Dewan Terbuka Berbumbung Sekolah Di Negeri Pahang – Sekolah Kebangsaan (LKTP) Sg. Koyan, Lipis.

3.

Pembinaan Dewan Terbuka Berbumbung Sekolah Di Negeri Pahang – SK Mahmud.

4.

Pembinaan Dewan Terbuka Berbumbung Sekolah Di Negeri Pahang – SK Desa Bakti.

5.

Pembinaan Dewan Terbuka Berbumbung Sekolah Di Negeri Pahang – SK Rompin.

6.

Pembinaan Dewan Terbuka Berbumbung Sekolah Di Negeri Pahang – SK Jengka Pusat 2.

7.

Pembinaan Dewan Terbuka Berbumbung Sekolah Di Negeri Pahang – SK Indera Shahbandar.

8.

Pembinaan Dewan Terbuka Berbumbung Sekolah Di Negeri Pahang – SMK Kemayan.

9.

Pembinaan Dewan Terbuka Berbumbung Sekolah Di Negeri Pahang – SK Felda Mempaga 2.

10.

Pembinaan Dewan Terbuka Berbumbung Sekolah Di Negeri Pahang – SK Pandan.


Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima ini telah disempurnakan oleh  YBhg. Dato’ Ir. Ts. Hafizah Binti Zakaria, Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang. Hadir sama YBrs. Ir. Haji Rosnan Bin Hussin, Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang, Razahidi bin Abdul Hayet, Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Infrastruktur dan Perolehan Jabatan Pendidikan Pahang;  Encik Bakhorizam Bin Ahmad Hafizi, Jurutera Awam Penguasa Bahagian Pejabat Negeri 4 (Pahang) Cawangan Kerja Pendidikan; Sr. Jaidi Bin Abd Raof, Juruukur Bahan Penguasa Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan dan semua Jurutera Daerah yang terlibat.

Seterusnya pihak kontraktor melafazkan ikrar dan menandatangani Aku Janji yang bersaksikan oleh Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang dan Jurutera Daerah.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada kontraktor yang dilantik dan semoga dapat memberi komitmen sepenuhnya untuk menyiapkan projek mengikut tempoh, kos dan kualiti yang telah ditetapkan.

#IamJKR #KitaJKR  #JKRsynergy 
#JasaKepadaRakyat