Date: Khamis, November 28, 2024
27 November 2024, Rabu – Satu Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Surat Pelantikan Pengarah Projek telah diadakan bertempat di Ruang Legar Aras 1, Menara KKR (Blok G) bagi dua (2) projek berikut, iaitu:
- Pembinaan Kompleks Bangunan Gunasama Persekutuan (BGP) Kuching, Sarawak (Tender Semula); dan
- Pembinaan Bare Base di Lapangan Terbang Bintulu, Sarawak (Reka & Bina)
SST kepada kedua – dua kontraktor yang berjaya telah diserahkan oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya yang disaksikan oleh YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya dan YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya.
Pengarah Pembinaan Pasukan Projek Khas 2 (PPK2), YBhg. Dato’ Ir. Jasmi bin Wahab telah dilantik sebagai Pengarah Projek bagi kedua-dua projek ini dan Surat Pelantikan Pengarah Projek juga turut diserahkan oleh YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail kepada YBhg. Dato’ Ir. Jasmi bin Wahab sewaktu majlis tersebut.
Majlis ini juga turut dihadiri oleh YBrs. Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra); YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan); YBrs. Hj. Zulkifli bin Abdul Rashad, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar); YBhg. Dato’ Azman bin Md Hashim, Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am 1 (CKBA1); YBrs. Ir. Waznah binti Abdul Aziz, Pengarah Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan (CKIP); wakil – wakil dari Agensi pelanggan iaitu Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pertahanan, Setiausaha Persekutuan Sarawak dan Tentera Udara DiRaja Malaysia serta wakil – wakil dari pasukan projek JKR.
Kedua – dua projek ini akan dilaksanakan secara reka & bina oleh kontraktor yang telah dilantik. Adalah diharapkan agar pasukan projek JKR dan pihak kontraktor dapat melaksanakan projek ini dengan jayanya mengikut kos dan tempoh yang telah ditetapkan dengan kualiti pembinaan yang memenuhi spesifikasi sepertimana yang dimeterai dalam kontrak.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
#JasaKepadaRakyat
- 594 bacaan