Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah menganjurkan majlis penyerahan surat setuju terima 2 in 1 kepada kontraktor serta perlantikan Pegawai Penguasa bagi 3 buah projek di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan penyerahan surat setuju terima perunding ukur tanah kepada 22 syarikat perunding ukur tanah. Majlis ini berlangsung pada 4 Ogos 2023 (Jumaat) di Aras Mezzanine Blok G Menara Kerja Raya,
Surat setuju terima dan perlantikan Pegawai Penguasa projek telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Ir Hj Zulkipli bin Hj Nasri, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Infra diiringi oleh Yang Berbahagia Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa, Pengarah Kanan Cawangan Jalan, Yang Berusaha Ir. Mohamad Sharip bin wahijan, Pengarah Pakar Kejuruteraan Jalan Dan Jambatan, serta Yang Berusaha Ir Waznah bt Abdul Aziz, Pengarah Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur dan Pengangkutan. Yang Berusaha Tuan Ahmad bin Tuan Wil, Setiausaha Bahagian Prasarana KKDW turut hadir sebagai wakil kementerian pelanggan.
Tahniah diucapkan kepada semua kontraktor dan perunding ukur tanah yang berjaya dilantik untuk melaksanakan projek-projek Cawangan Jalan. Adalah diharapkan kontraktor dan perunding yang dilantik dapat memberikan komitmen yang tinggi dalam memastikan pelaksanaan projek ini dapat disiapkan mengikut spesifikasi, berkualiti dan tepat pada masa seperti yang telah ditetapkan. Ini bertujuan untuk menjayakan hasrat kerajaan di mana projek-projek ini akan memberi manfaat dan kemudahan kepada pengguna dan penduduk setempat serta meningkatkan taraf sosio-ekonomi kawasan terlibat.
Berikut adalah senarai kontraktor dan perunding ukur tanah yang telah menerima surat setuju terima iaitu:
SENARAI 3 PROJEK KKDW SERAHAN SST PROJEK DAN 22 PROJEK SERAHAN SST KERJA UKUR | ||
Senarai Projek Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) |
| |
Bil. | Projek | Kontraktor |
1 | Membina dan Menyiapkan Jalan Sambungan Dato' Amar ke Kg Machang, hulu Terengganu, Terengganu | Sincere Image Sdn Bhd |
2 | Menggantikan Jambatan Sediada dari Kg Pak Ba Ke Kg Pengkalan Merbau, Pekan Sg Tong, Setiu Terengganu | Kenanga Lestari Sdn Bhd |
3 | Menaiktaraf Jambatan Kg Sedia, Tanah Raa, Cameron Highland, Pahang | KZ interior & Renovations Enterprise |
Senarai Projek Ukur Tanah KKDW | ||
Bil. | Projek | Nama Jurukur |
1 | Membina Baru Jambatan Kg. Tementong, Mukim Cheka 1 Serta Kerja Berkaitan | Zamani Survey Consultant |
2 | Mebina Baru Jambatan Konkrit di Kawasan Eco Rimba Kenong, Mukim Cheka 2 Serta Kerja Berkaitan | Berkat Ukur Consultant |
3 | Menggantikan Jambatan Konkrit Kg. Pagar, Mukim Penjom Serta Kerja Berkaitan | Jurukur Amirudin Sdn Bhd |
4 | Membina Baru Jambatan Konkrit Kampung Salak, Mukim Batu Yon 2 Serta Kerja Berkaitan | Infra Survey Consultants |
5 | Mengganti Jambatan Gantung Kepada Jambatan Konkrit Kg. Aur Gading Mukim Batu Yon 1 Serta Kerja Berkaitan | Jurukur Integrasi |
6 | Membina Jambatan di Kampung Binjai, Kuala Lipis, Pahang | Perunding Ukur ZAR |
7 | Mengganti Jambatan Gantung di Kg. Rekoh, Rompin, Pahang | MMZ Survey Consultants Sdn Bhd |
8 | Menaiktaraf Jambatan Sempit di Padang Halban, Kota Bharu, Kelantan | Jurukur Delima |
9 | Menaiktaraf Jambatan Sempit di Jalan Mulong – Limbat (Kg. Guntong), Jajahan Kota Bharu, Kelantan | Jurukur Wan Ariffin |
10 | Mengganti Jambatan Konkrit Kg. Sg. Rual Melayu, Jeli, Kelantan | Zulkifli Mat Piah Consultant |
11 | Mengganti Jambatan Dan Jalan Tuju Menghubungkan Kg. Temalir Lama ke RPT Temalir, Kuala Krai, Kelantan | Perunding Ukur IBM |
12 | Mengganti Jambatan dan Kerja-Kerja Berkaitan di Laluan D169 Jalan Bukit Tuku – Batu Hampar, Pasir Mas, Kelantan | Naluri Ukur |
13 | Menaiktaraf Jalan Tuju dan Penggantian Jambatan di Kampung Tok Nandong, Setiu, Terengganu | Faiz Survey Consultants (M) Sdn Bhd |
14 | Membina Jambatan Baharu di Kampung Bemban, Jelebu, Negeri Sembilan | Ukur Sepakat |
15 | Menaiktaraf Jambatan Sempit di Simpang Masjid Al-Quro, Bagan Datuk, Perak | Jurukur Radian Sdn Bhd |
16 | Mengganti Jambatan Sungai Atok, Kampung Kuala Atok, Raub, Pahang | Juruukur Permai |
17 | Menaiktaraf Jambatan Sempit di Wakaf Tok Wali, Bechah Mulong D128, Kota Bharu, Kelantan | Jurukur Hasruzei Daud |
18 | Membina Baru Jalan Padang Polo, Pekan, Pahang | MHS Survey Consultant |
19 | Membina Jalan Sambungan Dari Lebuhraya PLUS ke Persimpangan Lebuhraya Ipoh-Lumut (FT005) Jelapang, Daerah, Perak | Juruukur Proaktif sdn bhd |
Senarai Projek Ukur Tanah Kementerian Kerja Raya (KKR) |
| |
20 | Menggantikan Jambatan FT001/056/40, Ulu Pontian Besar, Kulai, Johor | Jurukur Perwira Jaya Sdn Bhd |
21 | Menggantikan Pembentung FT001/891/75, Kepada Jambatan Di Laluan Jalan Paya Kemunting (Jitra) – Bukit Kayu Hitam, Kedah | Sabar Ukur Consultants Sdn Bhd |
22 | Membina Persimpangan Bertingkat Panching, Jalan Kuala –Kuantan (FT02), Daerah Kuantan, Pahang. | Jurukur Tekal |
- 1839 bacaan