Date: Rabu, Ogos 14, 2024

11 Ogos 2024 (Ahad), 2.30 petang - Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima, Pelantikan Wakil Pegawai Penguasa Dan Mesyuarat Pra-Pembinaan (3 Dalam 1) telah diadakan dengan jayanya di Bilik Mesyuarat Bahagian Bangunan, JKR Negeri Kedah bagi Kerja-Kerja Penyenggaraan, Pembaikan Dan Naiktaraf Bangunan di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah yang merangkumi blok berikut:  

  1. Blok RMKe-9, Dewan Kuliah Al-Farabi;
  2. Lapan (8) Blok Kolej Kediaman, Pejabat Kolej Kediaman; dan
  3. Rumah Rehat Wanita Serta Kerja-Kerja Yang Berkaitan

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Mohd Fisal Bin Ismail, BCN., Pengarah JKR Negeri Kedah merangkap Penolong Pengurus Program dan Pegawai Penguasa bagi projek ini.

Turut hadir adalah wakil Pengurus Program dari Bahagian Fasiliti Bangunan Pendidikan Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, Jurutera Awam Penguasa Bangunan JKR Negeri Kedah selaku Ketua Pasukan Projek (HOPT), Juruukur Bahan Penguasa JKR Negeri Kedah, Jurutera Daerah Kuala Muda serta seluruh Pasukan Projek PPUN JKR Negeri Kedah termasuk Kontraktor yang berjaya, iaitu Sri Budinar Solution Sdn. Bhd.

Projek ini diluluskan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia dan Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah selaku pengguna.

Objektif pelaksanaan projek adalah untuk menaiktaraf dan menyenggara bangunan pendidikan agar suasana yang kondusif dan selesa dapat diberikan kepada warga pendidik dan pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Diharapkan projek ini dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat terutamanya seluruh Pasukan Projek PPUN JKR Negeri Kedah. Semoga projek ini dapat disiapkan dengan jayanya mengikut kos, kualiti dan tempoh yang ditetapkan selaras dengan aspirasi Pembangunan Negara.