Pada tanggal 19 Ogos 2024, telah berlangsung sesi serahan Surat Setuju Terima (SST) bagi dua (2) lagi projek di bawah Cawangan Kerja Pendidikan (CKP) yang telah diadakan di SMK Bagan Terap,Sabak Bernam, Selangor. Projek-projek yang terlibat dengan serahan SST tersebut adalah;
- DAIF SELANGOR (2022) – PEMBINAAN BANGUNAN GANTIAN YANG MENGANDUNGI 11 BILIK DARJAH, PUSAT SUMBER, BILIK GURU, BILIK MESYUARAT, 2 BILIK SAINS DAN LAIN-LAIN KEMUDAHAN DI SK BANGI, HULU LANGAT, SELANGOR
- PEMBINAAN BAHARU SEKOLAH KEBANGSAAN CYBERJAYA (2), SEPANG, SELANGOR YANG MENGANDUNGI 36 BILIK DARJAH DAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN LAIN MENGIKUT PIAWAI (REKA DAN BINA)
Projek SK Bangi merupakan projek Daif Selangor di bawah Rolling Plan 2, RMKe-12 di bawah Bahagian Pengurusan Projek 1 (BPP1), CKP ini telah diserahkan secara 2 dalam 1 bersama-sama Dokumen Kontrak. Projek Pembinaan Baharu Sekolah Kebangsaan Cyberjaya (2), yang berada di bawah Bahagian Pengurusan Projek 3 (BPP3), CKP pula merupakan projek pembangunan Rolling Plan 4, RMKe-12 dan bertujuan menampung keperluan yang sangat mendesak di SK Cyberjaya 1.
Penyerahan SST bagi kedua-dua projek ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Badioezaman bin Ab Khalik, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) kontraktor yang berjaya dan disaksikan oleh YB Menteri Pendidikan, Puan Fadhlina binti Sidek, YBhg. Dato’ Zahrul Hakim bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato’ Ahmad Suhaimi bin Endut, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPM, YBrs. Encik Zainal bin Abas, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah), YBrs. Ir. Hj. Shukri bin Ishak, Pengarah JKR Negeri Selangor, YBhg. Dato’ Ir. Dr. Balamurugan A/L A Gopal, Pengarah Cawangan Kerja Pendidikan (CKP) dan juga wakil-wakil dari CKP selaku HOPT dan CKUB selaku wakil HODT.
Tahniah dan sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat.
- 343 bacaan