Date: Jumaat, March 3, 2023

Pada tanggal 3 Mac 2023 (Jumaat) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 5, Blok F Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) 2 in 1 dan penyerahan rasmi pelantikan Pegawai Penguasa bagi projek di bawah Cawangan Jalan iaitu PROJEK MENGGANTIKAN JAMBATAN FT003/667/20 SUNGAI ALOR BAUNG, PASIR PUTEH KELANTAN.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim b. Esa, Pengarah Kanan Cawangan Jalan dengan penyerahan dokumen Surat Setuju Terima (SST) kepada kontraktor yang berjaya iaitu REDARIAL RESOURCES SDN. BHD. Majlis turut dilengkapi dengan penyerahan surat rasmi pelantikan Pegawai Penguasa kepada JKR Jajahan Paser Puteh, Kelantan YBrs. Ir. Mohd Zahir b. Zakaria.

Turut hadir bersama adalah YBrs. En Nik Badlisham b. Nik Ismail, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Bahagian Pengurusan Projek Timur Cawangan Jalan, YBrs. Sr Wan Mas Ruhi bt. Wan Addnan, Juruukur Bahan Penguasa Kanan Cawangan Jalan, YBrs. Ir. Tuan Khusairry b. Tuan Abdul Manaf, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Bahagian Rekabentuk Jambatan Cawangan Jalan serta wakil-wakil HOPT dan HODT.

Projek ini adalah projek di bawah Kementerian Kerja Raya selaku pemilik.  Objektif pelaksanaan projek ini adalah untuk meningkatkan tahap keselamatan kepada pengguna jalanraya serta memantapkan sektor industri logistik negara. Projek ini juga merupakan sebahagian daripada komitmen Kerajaan untuk menyediakan infrastruktur terbaik kepada rakyat Malaysia.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada kontraktor yang dilantik dan semoga dapat memberi komitmen sepenuhnya untuk menyiapkan projek dalam tempoh kontrak yang telah ditetapkan.

Alhamdulillah. Diharap kejayaan penyerahan Surat Setuju Terima (SST) ini dapat dijadikan semangat kepada semua pihak dalam urusan pelaksanaan projek yang seterusnya.  Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah berusaha keras merealisasikan harapan ini.

JKR selaku agensi pelaksana akan memikul amanah yang telah diberikan dengan baik bagi memenuhi aspirasi Kerjaan agar projek ini dapat disiapkan dengan sempurna, berkualiti dengan kos dan tempoh masa seperti mana yang telah ditetapkan di dalam kontrak.