Date: Selasa, Ogos 25, 2020

Pada 24 Ogos 2020 (Isnin) telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST), sesi menandatangani dokumen kontrak, penyerahan surat pelantikan pengawai penguasa (S.O) dan penyerahan lukisan pembinaan bagi Projek Menaiktaraf Sistem Bulk Fuel Installation (BFI) Sediada di Pangkalan Udara TUDM Subang. Majlis penyerahan SST tersebut telah diadakan di Pejabat Pengarah, Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan (CKIP).

Majlis telah disempurnakan oleh Ir. Hj. Zulakmal bin Hj. Sufian selaku Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) bersama Ir. Mohamed Amin bin Kasim selaku Pengarah Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan (CKIP), turut hadir Dr. Hj. Al-Azmi bin Bakar selaku Setiausaha Bahagian (Bahagian Pembangunan) Kementerian Pertahanan, Brigidier Jenral Dato’ Othman bin Ahmad selaku Timbalan Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan 2 Markas Tentera Udara dan Ir. Mohamad Darus bin Selamat selaku Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor.

Kaedah perlaksanaan projek ini adalah secara Konvensional Dalaman dengan kerjasama di antara HOPT iaitu Bahagian Pangkalan Udara, Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan (CKIP) dan semua Pasukan HODT. Manakala Pengarah JKR Negeri Selangor dilantik sebagai Pegawai Penguasa (S.O) bagi projek ini.

Perolehan projek ini telah dilaksanakan secara tender terbuka dan kontraktor yang berjaya adalah SHAHZAN CO. Tempoh perlaksanaan adalah selama 78 minggu bermula daripada tarikh milik tapak pada 1 September 2020 sehingga 1 Mac 2022.

Skop yang terlibat adalah menaiktaraf sistem BFI sediada yang melibatkan pembinaan jajaran paip baharu sepanjang 1000m. Terdapat juga skop pembinaan pavement apron baharu, skop kerja sivil serta skop kerja mekanikal dan elektrikal.

Justeru itu, JKR selaku agensi pelaksana perlu memikul amanah rakyat untuk memastikan serta memenuhi aspirasi kerajaan agar projek ini dapat disiapkan dengan sempurna, berkualiti, dengan kos dan tempoh masa sepertimana yang telah ditetapkan dalam kontrak.