Date: Isnin, Oktober 12, 2020

Cawangan Kerja Bangunan Am 1 telah mengadakan Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan penyerahan surat rasmi perlantikan Pegawai Penguasa bagi Pembangunan Fasa 2 Hotel Wakaf Taiping, Perak bertempat di Bilik Nilam 2, Aras 1, Menara Kerja Raya pada 8 Oktober 2020 jam 12.30 tengahari. 

Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Razdwan bin Kasim, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) dengan penyerahan dokumen Surat Setuju Terima (SST), Dokumen Kontrak dan Lukisan Pembinaan kepada kontraktor yang berjaya iaitu PEMBINAAN & LEKTRIK MALS SDN. BHD. serta penyerahan surat perlantikan Pegawai Penguasa kepada Pengarah JKR Negeri Perak  yang diwakili oleh En. Mohammad Fadzli bin Tajon Arus, Jurutera Awam JKR Daerah Larut Matang & Selama, Perak. Majlis turut disempurnakan dengan sesi bacaan ikrar dan tandatangan Aku Janji Kontraktor oleh kontraktor disaksikan YBrs. TKPKR (Sektor Bangunan).

Turut hadir bersama adalah Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am 1, Datuk Ir. Ruslan bin Abdul Aziz selaku Pengurus Program; Pn. Narima Hanim binti Zainal Abidin, Arkitek Penguasa Kanan selaku Ketua Bahagian Pengurusan Projek 1, Cawangan Kerja Bangunan Am 1; En. Hairolanuar bin Mohamad, Pengarah Bahagian Wakaf, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Jabatan Perdana Menteri dan wakil-wakil dari pejabat HODT yang terlibat.

JKR selaku agensi pelaksana kerajaan memikul amanah rakyat untuk memastikan serta memenuhi aspirasi kerajaan agar projek ini dapat disiapkan dengan sempurna, berkualiti & tepat pada masa sepertimana yang telah dijanjikan.