Date: Selasa, September 21, 2021

Pada 20 September 2021 (Isnin) telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi Cadangan Pembangunan Pusat Teknologi Aeronautik UTHM Di Tanjung Laboh, Batu Pahat, Johor. Majlis penyerahan SST tersebut telah diadakan di Ruang Menunggu, Aras 2, Menara Kerja Raya (Blok G), Ibu Pejabat JKR Malaysia Kuala Lumpur.

Majlis 4-in-1 (4 dalam 1) ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Ir. Haji Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) dengan penyerahan dokumen Surat Setuju Terima (SST), Dokumen Kontrak dan Lukisan Pembinaan kepada kontraktor yang berjaya iaitu LANBADI RESOURCES SDN BHD serta penyerahan surat perlantikan Pegawai Penguasa kepada Ir. Mohd Norazlan Bin Abd Aziz selaku Jurutera Daerah Batu Pahat. Majlis turut disempurnakan dengan sesi pembentangan maklumat projek.

Turut hadir bersama adalah Pengarah, Pejabat Pembangunan & Penyenggaraan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Ir. Ts. Shamrul-Mar bin Shamsuddin yang mewakil pihak Pelanggan projek ini; Pengarah Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan (CKIP), Ir. Waznah Binti Abdul Aziz selaku Pengurus Program; Ir. Muhammad Khazani Bin Abd. Rahman, Jurutera Awam Penguasa Kanan iaitu Ketua Bahagian Pangkalan Udara, CKIP selaku Penolong Pengurus Program (HOPT) dan wakil-wakil dari pejabat HODT yang terlibat.

Kaedah perlaksanaan projek ini adalah secara Konvensional Perunding yang mana Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan (CKIP) selaku Pengurus Program dan Bahagian Pangkalan Udara, CKIP selaku HOPT. Pasukan HODT pula terdiri daripada Bahagian Arkitek, CKIP; Bahagian Dedicated Design Team, CKIP; Bahagian Pangkalan Udara, CKIP; Unit Perunding Reka Bentuk Jalan & Pengangkutan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik (CKE); Bahagian Reka Bentuk Keselamatan dan Infrastruktur Pengangkutan, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM); Bahagian Rekabentuk Geoteknik 2 (Kejuruteraan Struktur Asas), Cawangan Kejuruteraan Geoteknik (CKG) dan Bahagian Kejuruteraan Infrastruktur, Pengangkutan Dan Cerun, Cawangan Kontrak & Ukur Bahan (CKUB).

Skop kerja yang terlibat dalam pembinaan projek ini adalah adalah seperti berikut:

  1. Kerja Landasan Kapal Terbang yang merangkumi pembinaan landasan, taxiway dan apron.
  2. Kerja Bangunan yang merangkumi pembinaan Menara Kawalan, Shelter, Airport Fire and Rescue Service (AFRS), TNB Sub-station, rumah pam & tangki air serta rumah sampah.
  3. Kerja Luar Bangunan / Infra yang merangkumi pintu pagar & pagar keselamatan, jalan dalam, tempat letak kenderaan, kerja lanskap dan lain-lain kerja yang berkaitan.
  4. Kerja Sivil
  5. Kerja Mekanikal
  6. Kerja Elektrikal

Justeru, JKR selaku agensi pelaksana akan memikul amanah yang telah diberikan dengan baik bagi memenuhi aspirasi kerajaan agar projek ini dapat disiapkan dengan sempurna, berkualiti, dengan kos dan tempoh masa seperti mana yang telah ditetapkan dalam kontrak.