Date: Jumaat, March 14, 2025

20 Februari 2025 - Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Penyerahan Surat Rasmi Perlantikan Pegawai Penguasa bagi Projek Kerja-Kerja Naik Taraf Bangunan Blok B, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Kuala Lumpur telah diadakan di Bilik Cenderawasih, Tingkat 14 Menara PJD, Kuala Lumpur

Majlis ini disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ar. Idr. Azman bin Md. Hashim, Pengarah Kanan,Cawangan Kerja Bangunan Am 1, CKBA 1 dengan penyerahan dokumen Surat Setuju Terima (SST) kepada kontraktor yang berjaya. Majlis kemudian diteruskan dengan sesi penyerahan Surat Pelantikan Pegawai Penguasa kepada YBhg Dato’ Norman Bin Md Rabani, Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Selain itu, majlis ini turut dimeterai dengan ikrar dan sesi tandatangan Aku Janji oleh kontraktor yang diberi tanggungjawab besar untuk pembinaan projek ini. Dalam masa sama, majlis turut diserikan dengan kehadiran YBhg Prof. Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam bin Mohamed Adil, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) selaku pelanggan bagi projek ini, juga atas kepercayaan kepada JKR Malaysia untuk melaksanakan projek Pembangunan IKIM. Beliau juga menzahirkan inspirasi dan harapan ke atas projek ini melalui ucapannya.

Pengarah Kanan, CKBA 1 turut menyampaikan penghargaan kepada HOPT, semua HODT JKR Malaysia serta pasukan projek atas usaha gigih yang telah memastikan kejayaan fasa Perancangan, Rekabentuk, hingga Perolehan.

Adalah diharapkan agar pihak kontraktor dapat menyiapkan projek ini mengikut spesifikasi dan jadual yang ditetapkan, di samping mengekalkan kualiti pembinaan yang unggul. Menerusi semangat jitu, kerjasama dan komitmen daripada semua pihak, projek ini diharapkan akan menjadi satu kejayaan besar buat jabatan dan membawa manfaat kepada pihak pemegang taruh. 

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat