Date: Isnin, Julai 29, 2024

26 Julai 2024 - Bertempat di Ruang Mezzanine, Menara Kerja Raya, telah berlangsung Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) berserta dengan Surat Pelantikan Pegawai Penguasa bagi projek:

  1. Membina Dan Menyiapkan Jalan Perhubungan Desa Di Kuala Betis - Pos Bihai - Pos Belatim - Pos Balar - Pos Hau - Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan
  2. Mengganti Jambatan Batu 6, Nenggiri, Gua Musang, Kelantan

Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya. Turut hadir adalah YBhg. Dato’ Ir. Roslan Bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya; YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim Bin Esa, Pengarah Kanan Cawangan Jalan, yang menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra); YBrs. En. Muhamad bin Abu Bakar, Pengarah Bahagian Pembangunan Sosioekonomi JAKOA dan YBrs. En. Nazrul Shukri bin Ali, wakil Ketua Setiausaha, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
 
Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Ir. Mohamad Sharip Bin Wahijan, Pengarah Pakar Kejuruteraan Jalan dan Jambatan, Cawangan Jalan; YBrs. Ir. Som a/l Pong, yang menjalankan tugas Pengarah Cawangan Kejuruteraan Geoteknik; YBrs, Ir. Ramendra Loganathan, Pengarah JKR KESEDAR, Pegawai-Pegawai Kanan Cawangan Jalan (HOPT dan HODT) yang terlibat.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada kontraktor yang dilantik dan semoga dapat memberi komitmen sepenuhnya untuk menyiapkan projek mengikut tempoh, kos dan kualiti yang telah ditetapkan.