Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi Projek Blok Pakar Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan (Reka & Bina) - Tender Semula telah diadakan pada 24 Julai 2024 (Rabu) bertempat di Aras Mezzanine, Blok G, Ibu Pejabat JKR Malaysia
Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Roslan Bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya dan disaksikan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Ahmad Maslan. Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Ir. Hj. Badioezaman bin Ab. Khalik, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), YBhg. Dato’ Dr. Harlina Binti Abdul Rashid, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Dr. Mohd Zulfa bin Mohamad, Pengarah Hospital Port Dickson, Pn. Rahawiah binti Shafiei, Wakil Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan dan Ir. Suzzana binti Punari, selaku Pengarah Projek.
Turut hadir sama ke majlis serahan SST ini adalah Ts. Sharifah Nor Aeiriza binti Syed Sharom, Arkitek Penguasa Kanan, Cawangan Arkitek dan Sr. Hilmisofli bin Alias, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, Pegawai-pegawai Kanan Cawangan Kerja Kesihatan, serta pihak HOPT dan HODT yang terlibat.
Projek Blok Pakar Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan (Reka & Bina) - Tender Semula ini melibatkan pembinaan Blok Pakar baharu kepada Hospital Port Dickson. Skop projek yang bernilai RM151juta ini adalah membina blok baharu dengan 140 katil yang merangkumi antaranya:
- Specialist Clinic
- Dental Specialist Clinic
- Day Care Services
- Rehabilitation Unit
- Inpatient services – general wards
- ICU dan OT Suite
- Respiratory & Hemodynamic Unit
- Radiology Department
- Outpatient pharmacy
- Satellite pharmacy
Syabas dan tahniah diucapkan kepada kontraktor yang berjaya. Tempoh pelaksanaan projek adalah selama 156 minggu. Tarikh milik tapak projek ini pada 6 Ogos 2024 dan dijangka siap pada 2 Ogos 2027.
JKR sentiasa komited dalam memikul amanah yang telah diberikan bagi memenuhi aspirasi Kerajaan agar projek ini dapat disiapkan seperti mana yang telah ditetapkan di dalam kontrak.
- 1974 bacaan