Date: Rabu, Julai 10, 2019

Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Dan Dokumen Kontrak (2 dalam 1) Bagi 7 buah Projek Jambatan di bawah Cawangan Jalan telah berlangsung pada hari Isnin, 8 Julai 2019 di Ruang Mezzanine, Menara Kerja Raya (Blok G), Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya, Kuala Lumpur.

Sesi penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), YBhg Ir. Haji Zulakmal bin Haji Sufian kepada kontraktor yang berjaya.

HOPT bagi projek ini adalah Bahagian Pengurusan Projek  (Zon Tengah, Zon Timur dan Zon Utara ), Cawangan Jalan manakala Jurutera Daerah yang terlibat dilantik sebagai Pegawai Penguasa projek tersebut.

JKR selaku agensi pelaksana kerajaan memikul amanah rakyat untuk memastikan serta memenuhi aspirasi kerajaan agar projek ini dapat disiapkan dengan sempurna, berkualiti & tepat pada masa sepertimana yang telah dijanjikan.


Berita oleh;
Bahagian Pengurusan Projek Zon Tengah
Cawangan Jalan