Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Pelantikan Pegawai Penguasa bagi projek PEMBINAAN KOMPLEKS PERPADUAN PERLIS dan PEMBINAAN PEJABAT BAHARU & NAIKTARAF BANGUNAN SEDIA ADA BAGI JKR CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK NEGERI PERAK telah diadakan pada 7 Februari 2024 (Rabu) di Cawangan Kerja Bangunan Am 1, Aras 14, Menara PJD, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur.
Majlis ini disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ar. IDr.Azman Bin Md Hashim, Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am 1, YBrs. Ir. Ts. Zamsari Bin Mohamad, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Bahagian Pengurusan Projek 4, Cawangan Kerja Bangunan Am 1, YBrs. Mohd. Sanusi Bin Wahab, Ketua Penolong Setiausaha, Kementerian Perpaduan Perlis, YBrs. Siti Atifah Binti Zawawi, Penolong Setiausaha, Kementerian Kerja Raya,YBrs. Ir.Ts. Hj. Tajuddin Bin Yahya, Jurutera Awam Penguasa Bangunan, JKR Perak, YBrs. Ir. Atikah Binti Md Radzi, Jurutera Daerah Kinta, YBrs. Sr. Md. Hanafiah Amin Bin Abdullah, Jurutera Awam Kanan Bangunan, JKR Perlis, serta pasukan projek HOPT dan HODT .
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat terutama Cawangan Arkitek, Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, dan Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan dalam merealisasikan harapan dan objektif projek ini. Semoga projek ini dapat disiapkan dengan jayanya mengikut kos, kualiti dan tempoh yang ditetapkan selaras dengan aspirasi Pembangunan Negara.
- 1991 bacaan