Date: Jumaat, Disember 8, 2023

Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Pelantikan Pegawai Penguasa bagi projek MENAIK TARAF INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA, LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR telah diadakan pada 8 Disember 2023 (Khamis) di Aras 2, Menara Kerja Raya (Blok G), Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur.

Majlis ini disempurnakan oleh YBhg. Dato' Ir. Hj. Badioezaman bin Ab Khalik, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) beserta YBrs. Ir. Ahmad Shahruzi bin Ahmad, Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, YBhg. Dato’ Ir. Hj. Norman bin Md Rabani, Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, YBhg. Datin Dr. Hjh. Bushro binti Ali, Pengarah IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, YBrs. Ir. Ts. Fadzilah binti Sulaiman, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Bahagian Fasiliti Bangunan Pendidikan, Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, serta pasukan projek HOPT dan HODT.

Majlis dimulakan dengan sesi penyerahan Surat Setuju Terima kontraktor Triumphant Gallery Sdn Bhd diikuti penyerahan surat Pelantikan Pegawai Penguasa kepada YBhg. Dato’ Ir. Hj. Norman B Md Rabani, Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Projek ini telah diluluskan untuk pelaksanaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), rolling plan kedua, tahun 2022 dengan Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai agensi pelanggan dan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa, Lembah Pantai selaku pengguna. Objektif pelaksanaan projek ini bagi mengubahsuai dan menaik taraf kemudahan-kemudahan dan prasarana iaitu 6 blok kolej kediaman (melibatkan rumah pelajar, pejabat pengurusan kolej kediaman. Common room dan bilik wuduk/dobi) dan lain-lain kerja yang berkaitan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat terutama Bahagian Arkitek JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, dan Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan dalam merealisasikan harapan dan objektif projek ini. Semoga projek ini dapat disiapkan dengan jayanya mengikut kos, kualiti dan tempoh yang ditetapkan selaras dengan aspirasi Pembangunan Negara.