Date: Khamis, March 27, 2025Pada 20 Mac 2025 – Bertempat di bilik mesyuarat Delima 5, Tingkat 1 Blok G Ibu Pejabat JKR telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Pelantikan Pegawai Penguasa/Pengarah Projek (S.O) Serta Penyerahan Dokumen Kontrak bagi satu Projek di bawah Cawangan Kejuruteraan Elektrik iaitu Penggantian Sistem Private Automated Branch Exchange (PABX) Ibu Pejabat Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) (Tawaran Semula).
Hadir bagi menyempurnakan majlis adalah YBrs. Ir. Noor Ashikin Binti Md Tamimi, Pengarah Perkhidmatan Pakar Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah menyerahkan kepada kontraktor dan YBrs. Ir. Izmal Bin Ibrahim, Jurutera Awam Penguasa Kanan selaku Pegawai Penguasa bagi projek ini. Majlis ini juga turut dihadiri oleh YBrs. Pn. Rene Harlene Bt. Drahman, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan (BPPP), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dan Ir. Syamsul Kamal Bin Ismail selaku (HOPT/ HODT) bagi projek ini serta pegawai-pegawai dari unit Perunding ICT & Inovasi (UPICTi).
Skop kerja projek adalah di Bangunan Jabatan Akauntan Negara Malalysia (JANM). Antara skop untuk projek ini adalah: -
-
Penggantian Sistem Telefon;
-
Pemasangan Infrastruktur Pasif; dan
-
Naik taraf Infrastruktur Bilik PABX sedia ada
Objektif utama projek ini juga adalah menaik taraf Sistem Telefon keseluruhan bangunan JANM, Putrajaya untuk melancarkan peroperasian Sistem Telefon agar seiring dengan kemajuan teknologi telekomunikasi terkini.
JKR selaku agensi pelaksana akan memikul amanah yang telah diberikan dengan baik bagi memenuhi aspirasi Kerajaan agar projek ini dapat disempurnakan dengan berkualiti, dengan kos dan tempoh masa seperti mana yang telah ditetapkan dalam kontrak.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
