Date: Jumaat, Jun 9, 2023

Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Pelantikan Pengarah Projek bagi projek MENAIKTARAF DAN PEMBAIKAN ASRAMA MELOR, RUMAH PENGINAPAN & DEWAN SAJIAN DI INTAN BUKIT KIARA, KUALA LUMPUR (REKA DAN BINA) telah diadakan pada 8 Jun 2023 (Khamis) di Aras 2, Menara Kerja Raya (Blok G), Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur.

Majlis ini disempurnakan oleh YBrs. Ir. Haji Badioezaman Bin Ab Khalik, (Menjalankan Tugas) Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) beserta YBhg. Dato' Ar. IDr. Azman bin Md Hashim, Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am 1, YBrs. Ir. Ts. Zamsari Bin Mohamad, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Bahagian Pengurusan Projek 4, Cawangan Kerja Bangunan Am 1, YBrs. Puan Hafizah binti Abdul Aziz, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Perkhidmatan Awam, YBhg. Dato’ Ir. Hj. Norman B Md Rabani, Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, serta pasukan projek HOPT dan HODT .

Majlis dimulakan dengan sesi penyerahan Surat Setuju Terima dan Dokumen Kontrak kepada kontraktor Triumphant Gallery Sdn Bhd diikuti penyerahan surat Pelantikan Pengarah Projek kepada YBhg. Dato’ Ir. Hj. Norman B Md Rabani, Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Projek ini telah diluluskan untuk pelaksanaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), rolling plan pertama, tahun 2021 dengan Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai agensi pelanggan dan  Institut Tadbiran Awan Negara (INTAN) Bukit Kiara selaku pengguna. Objektif pelaksanaan projek ini bagi menyediakan kemudahan latihan, fasiliti dan persekitaran pembelajaran awam moden yang lebih kondusif serta berprestij bagi membangunkan modal insan sektor awam yang kompeten dan berkualiti, seterusnya meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan dan stakeholders.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat terutama Cawangan Arkitek, Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, dan Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan dalam merealisasikan harapan dan objektif projek ini. Semoga projek ini dapat disiapkan dengan jayanya mengikut kos, kualiti dan tempoh yang ditetapkan selaras dengan aspirasi Pembangunan Negara.