Date: Rabu, Oktober 21, 2020

Bertempat di Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Aras 33 Blok G Ibu Pejabat JKR Malaysia pada 20 Oktober 2020, telah berlangsung Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan penyerahan Dokumen Kontrak (2 dalam 1) bagi projek MENAIKTARAF LALUAN FT003 DARI PERSIMPANGAN MELOR – KETEREH KE KG. PAK BADOL (KM19.75 – KM23.05), KELANTAN.

Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya, dengan penyerahan dokumen Surat Setuju Terima (SST) Tender dan Dokumen Kontrak (2 dalam 1) kepada kontraktor yang berjaya iaitu PERBUDI SDN. BHD.

Turut hadir bersama adalah YBhg. Dato' Ir. Haji Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), YBrs. Ir. Mohamed Amin bin Kasim, Pengarah Kanan Cawangan Jalan, wakil HOPT iaitu Bahagian Pengurusan Projek Timur (BPPT) serta wakil Cawangan Kontrak & Ukur Bahan, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

JKR bertindak selaku agensi pelaksana projek kerajaan yang memikul amanah serta aspirasi kerajaan berharap kontraktor yang dilantik dapat menyiapkan projek dengan menepati masa, kualiti berdasarkan spesifikasi yang ditetapkan dan kos yang optimum.