Date: Khamis, Disember 31, 2020

Tarikh : Khamis, Disember 31, 2020

Bertempat di Dewan Emerald, Tingkat 18 Menara Maju Kuala Lumpur, pada 31 Disember 2020, 2.30 petang telah berlangsung Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Penyerahan Surat Rasmi Perlantikan Pegawai Penguasa/Pengarah Projek bagi 4 projek Cawangan Kerja Keselamatan  (CKS) yang melibatkan projek-projek seperti berikut; 

  1. PEMBINAAN PEJABAT DAN PUSAT LATIHAN UNIT TINDAKHAS,  POLIS DIRAJA MALAYSIA
  2. MENYIAPKAN BAKI KERJA BAGI PEMBINAAN IBU PEJABAT POLIS DAERAH (IPD) NUSAJAYA, JOHOR
  3. MENYIAPKAN BAKI KERJA DAN KERJA-KERJA BERKAITAN BAGI PUSAT LATIHAN POLIS DI PELANGAI, BENTONG, PAHANG
  4. AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA WAKAF TAPAI, TERENGGANU – FASA III

Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Haji Dzarif bin Yaacob, Pengarah Cawangan Kerja Keselamatan selaku Pengurus Program Projek dengan penyerahan dokumen Surat Setuju Terima (SST) kepada kontraktor yang berjaya iaitu; 

  1. Pertama Makmur Sdn. Bhd.
  2. Tangawaris Sdn. Bhd.
  3. MTD Construction Sdn. Bhd.
  4. Kurnia Ekuiti Sdn. Bhd.

serta penyerahan surat pelantikan Pegawai Penguasa/Pengarah Projek kepada;

  1. Pengarah Pasukan Projek Khas 1 (PPK1), Pn. Rohaya binti Abdul Mois (Menanggung Tugas Pengarah PPK1)  
  2. Pengarah JKR Johor, Ir. Maiza Akmal bt Mohamad (wakil)
  3. Pengarah JKR Pahang, Ir. Hafizah Binti Zakaria 
  4. Pengarah JKR Terengganu,Ir. Ainulhuda binti Badiruzaman (wakil)

Majlis turut dimeterai dengan sesi tandatangan dan ikrar Akur Janji antara keempat-empat kontraktor bersama Pegawai Penguasa masing-masing.

Turut hadir bersama adalah wakil Kementerian Dalam Negeri (KDN), YBrs. Tn. Azraai bin Zainuddin, Ketua Penolong Setiausaha (KPSU) dan wakil agensi yang terlibat, SAC Tuan Mohd Khairi Khairuddin, Komander UTK, PDRM serta YBrs. Tn. Mahadhir bin Mohd Noh, Penguasa Kanan Bomba, JBPM, Ketua Bahagian Pengurusan Projek PDRM, Ir. Hj. Che Aziz bin Derasid, Ketua Bahagian Pengurusan Projek Bomba, En. Shahruzzaman bin Zainal Ariffin serta barisan pasukan projek yang terdiri daripada HOPT dan wakil-wakil dari pejabat HODT pakar yang terlibat.

Pengarah CKS melalui ucapan perasmiannya menetapkan arahan kepada kontraktor supaya berazam untuk memberikan yang terbaik, sesuai dengan kepercayaan yang telah diberikan oleh kerajaan. Para Kontraktor perlu mematuhi setiap spesifikasi yang telah dinyatakan dalam kontrak termasuk pengurusan keselamatan dan kesihatan di tapak bina, meningkatkan mutu kerja pembinaan, mengurangkan berlakunya kecacatan (defect) serta risiko kemalangan di tapak bina. Diingatkan jua supaya kontraktor menitikberatkan serta melaksanakan SOP kesihatan awam yang digariskan oleh MKN dan KKM bagi menangani penularan wabak Covid 19 di tapak bina. 

Besar harapan JKR agar kontraktor yang dilantik ini dapat memberi komitmen yang tinggi dalam memastikan pelaksanaan projek ini mengikut jadual dan menepati kualiti yang ditetapkan serta dapat memenuhi citarasa dan keperluan pihak pelanggan. Kontraktor juga adalah diingatkan bahawa prestasi mereka akan dinilai sepanjang tempoh kontrak dan Kerajaan juga berhak menamatkan kontrak ini sekiranya pihak kontraktor gagal menunjukkan prestasi kerja yang optimum atau melanggar mana-mana terma kontrak kelak. 

Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek ini bermula dari Fasa Perancangan, Rekabentuk dan Perolehan dan kini projek ini siap sedia untuk memasuki Fasa Pembinaan.

 

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG MAJLIS PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA (SST) 

1. PEMBINAAN PEJABAT DAN PUSAT LATIHAN UNIT TINDAKHAS,  POLIS DIRAJA MALAYSIA

Gambar 1.  Penyerahan SST kepada Pertama Makmur Sdn. Bhd.

 

Gambar 2. Penyerahan Surat Perlantikan Pegawai Penguasa kepada Pengarah Pasukan Projek Khas 1 (PPK1), Pn. Rohaya binti Abdul Mois (Menanggung Tugas Pengarah PPK1)

 

Gambar 3. Bacaan Aku Janji oleh wakil kontraktor

 

Gambar 4. Sesi Tandatangan Aku Janji Antara Kontraktor dan Pegawai Penguasa

 

Gambar 5. Aku Janji dimeterai

 

2. MENYIAPKAN BAKI KERJA BAGI PEMBINAAN IBU PEJABAT POLIS DAERAH (IPD) NUSAJAYA, JOHOR

Gambar 6. Penyerahan SST kepada Tangawaris Sdn. Bhd.

 

Gambar 7. Penyerahan Surat Perlantikan Pegawai Penguasa kepada Pengarah JKR Johor, Ir. Maiza Akmal bt Mohamad (wakil)

 

Gambar 8. Bacaan Aku Janji oleh kontraktor

 

Gambar 9. Sesi Tandatangan Aku Janji Antara Kontraktor dan Pegawai Penguasa

 

Gambar 10. Aku Janji dimeterai

 

3. MENYIAPKAN BAKI KERJA DAN KERJA-KERJA BERKAITAN BAGI PUSAT LATIHAN POLIS DI PELANGAI, BENTONG, PAHANG

Gambar 11. Penyerahan SST kepada MTD Construction Sdn. Bhd.

 

Gambar 12. Penyerahan Surat Perlantikan Pegawai Penguasa kepada Pengarah JKR Pahang, Ir. Hafizah Binti Zakaria

 

Gambar 13. Bacaan Aku Janji oleh kontraktor

 

Gambar 14. Sesi Tandatangan Aku Janji Antara Kontraktor dan Pegawai Penguasa

 

Gambar 15. Aku Janji dimeterai

 

Gambar 16. Penyerahan SST kepada Kurnia Ekuiti Sdn. Bhd.

 

Gambar 17. Penyerahan Surat Perlantikan Pegawai Penguasa Pengarah JKR Terengganu, Ir. Ainulhuda binti Badiruzaman (wakil)

 

Gambar 18. Bacaan Aku Janji oleh kontraktor

 

Gambar 19. Sesi Tandatangan Aku Janji Antara Kontraktor dan Pegawai Penguasa

 

Gambar 20. Aku Janji dimeterai