Date: Rabu, Disember 16, 2020

Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Perlantikan Pengarah Projek bagi Projek PENINGKATAN JETI OPERASI LUMUT telah berlangsung pada 15 Disember 2020 bertempat di bertempat di Aras Mezzanine, Blok G, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Penyerahan dokumen Surat Setuju Terima (SST) Tender kepada kontraktor yang berjaya iaitu MMN BINA SDN BHD dan Penyerahan Surat Perlantikan Pengarah Projek kepada YBrs. Hj. Zulkipli Bin Hj. Nasri Pengarah JKR Perak telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya.  Majlis turut disusuli dengan bacaan dan tandatangan Ikrar Aku Janji Kontraktor untuk melaksanakan projek ini dengan tekun dan jayanya.

Turut hadir bersama adalah YBhg. Datuk Ir. Razdwan bin Kasim, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), YBhg. Dato' Ir. Haji Ahmad Redza bin Ghulam Rasool Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), YBrs. Ir. Waznah Binti Abdul Aziz, Pengarah Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan, YBrs. Hj. Zulkipli Bin Hj. Nasri, Pengarah JKR Negeri Perak, YBrs. Dr. Hj. Al-Azmi bin Bakar Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan, Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF), YBrs Laksamana Pertama Chan Peng Cheong Pengarah Kanan Perancangan Pembangunan Markas Tentera Laut (TLDM) pegawai-pegawai Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan (CKIP) serta semua Head Of Design Team (HODT) yang terlibat di dalam projek ini.

JKR berharap kontraktor yang dilantik akan dapat menyiapkan projek ini dengan jayanya agar dapat memberi kemudahan yang lebih baik kepada pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terutama dalam meningkatkan kemudahan jeti air dalam, mengekalkan kesiapsiagaan kapal sediaada, mengekalkan tahap keselamatan kapal & warga kapal serta dapat meningkatkan kemudahan bekalan kuasa darat, minyak, air bersih dan juga telekomunikasi.

JKR bertindak selaku agensi pelaksana projek kerajaan yang memikul amanah serta aspirasi kerajaan berharap kontraktor yang dilantik dapat menyiapkan projek dengan menepati masa, kualiti berdasarkan spesifikasi yang ditetapkan dan kos yang optimum.