Date: Khamis, Julai 13, 2023

Pada 6 Julai 2023 (Khamis) telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Sesi Menandatangani Dokumen Kontrak bagi pelaksanaan Projek Kerja-Kerja Pemasangan Kuasa Elektrik Tetap di Bukit Tagasan Semporna Untuk PDRM. Majlis Penyerahan SST dan Sesi Menandatangani Dokumen Kontrak tersebut telah diadakan di Bilik Zamrud, Aras 2, Menara Kerja Raya (Blok G), Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur.

Majlis 3-in-1 (3 dalam 1) ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Hanizan binti Shaffii Pengarah Kanan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik dengan menandatangani dokumen Surat Setuju Terima (SST) dan menyerahkan Dokumen Kontrak serta surat pelantikan Pegawai Penguasa. Pegawai Penguasa bagi pelaksanaan projek ini ialah Ir. Hj. Radzilan bin Abdul Rahman, Jurutera Elektrik Penguasa Kanan, Pasukan Projek Khas 2. Kontraktor yang berjaya adalah Powernet Engineering Sdn. Bhd. (Maklumat Harga Kontrak & Tempoh Kontrak boleh diakses melalui website Sistem JET)

Turut hadir bersama adalah Penolong Setiausaha, Bahagian Pembangunan, Kementerian Dalam Negeri, Puan Belinda Liew Ai Ching dan ACP Hamdan bin Hj. Khalid, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Fasiliti, Jabatan Logistik dan Teknologi selaku agensi Pelanggan projek ini; Ir. Amirul Mukminin bin Omar, Jurutera Elektrik Penguasa Kanan, Unit Perunding Rekabentuk Keselamatan (UPRKs), CKE, selaku Head of Project Team (HOPT) dan pejabat pentadbir kontrak.

Secara keseluruhannya, skop kontrak bagi projek ini adalah pembinaan Stesen Suis Utama (SSU), Outdoor Pencawang Elektrik serta Pemasangan Kabel Talian Atas 11kV sepanjang 4 Kilometer untuk diserahkan kepada Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB)  bagi kegunaan pihak PDRM.

Objektif utama projek adalah bagi memastikan bekalan elektrik sentiasa dalam keadaan baik, kondusif dan beroperasi tanpa sebarang gangguan kepada pengguna (pihak PDRM) bagi pengoperasian dan kawalan keselamatan.

JKR selaku agensi pelaksana akan memikul amanah yang telah diberikan dengan baik bagi memenuhi aspirasi Kerajaan agar projek ini dapat disempurnakan dengan berkualiti, dengan kos dan tempoh masa seperti mana yang telah ditetapkan dalam kontrak.

 

Sesi Menandatangani Dokumen Kontrak

Sesi Penyerahan Surat Pelantikan Pegawai Penguasa

Sesi Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) kepada Kontraktor Berjaya

Sesi bergambar bersama Pelanggan, Pegawai Penguasa, HOPT dan Kontraktor Berjaya