Date: Isnin, Jun 24, 2024

Pada 21 Jun 2024, telah diadakan Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Surat Pelantikan Pegawai Penguasa bagi Projek Menggantikan Jambatan FT001/056/40, Ulu Pontian Besar, Kulai, Johor bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa, Pengarah Kanan Cawangan Jalan (PKCJ).

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa, Pengarah Kanan Cawangan Jalan serta taklimat projek yang disampaikan Ir. Ahmad Paridz bin Abdullah, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Bahagian Pengurusan Projek Zon Selatan selaku HOPT projek ini. Majlis diteruskan dengan sesi penyerahan Surat Setuju Terima dan Dokumen Kontrak kepada kontraktor yang berjaya iaitu MNI Construction Sdn. Bhd. dan Surat Pelantikan Pegawai Penguasa kepada Ir. Mohd Khairuul Khair Shah Bin Abdullah, Jurutera Daerah JKR Kulai, Johor.

Skop kerja bagi Projek Menggantikan Jambatan FT001/056/40, Ulu Pontian Besar, Kulai, Johor bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia adalah seperti berikut:

  1. Menaik taraf jambatan sedia ada dari jalan tunggal 2 lorong standard R3 (panjang 15.8m; lebar 6.9m) kepada jalan tunggal 2 lorong standard R5 (panjang 25m; lebar 14m);
  2. Menaik taraf jalan tuju sepanjang 250m;
  3. Merobohkan struktur jambatan sedia ada;
  4. Membina sistem lampu jalan;
  5. Pengalihan utiliti;
  6. Pengambilan balik tanah; dan
  7. Pembinaan temporary crossing dan road.

Majlis ini juga turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan daripada Bahagian Pembangunan dan Penswastaan, Kementerian Kerja Raya, Pengarah PKJJ Cawangan Jalan, Pengarah Pembinaan Pasukan Pengurusan Projek Khas Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC) dan Khas Jalan (PPKJ) Cawangan Jalan, HOPT (BPP Zon Selatan) dan HODT (BRJambatan & BKUB Cawangan Jalan). Syabas dan tahniah diucapkan kepada kontraktor yang dilantik dan adalah diharapkan pihak kontraktor dapat memberi komitmen sepenuhnya untuk menyiapkan projek menepati masa, kualiti dan kos yang telah ditetapkan. Setinggi ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan projek ini.