Date: Rabu, March 29, 2023

Pada tanggal 20 Mac 2023 (Isnin) bertempat di Ruang Makan Mezzanine Kiri, Aras M, Menara Kerja Raya Blok G, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan penyerahan rasmi Surat Pelantikan Pengarah Projek bagi projek di bawah Cawangan Kerja Bangunan Am 1 (CKBA 1) iaitu PEMBINAAN INSTITUT PENGAJIAN ISLAM DAN DAKWAH SABAH, KENINGAU – FASA 3 (REKA DAN BINA)

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya dengan penyerahan dokumen SST kepada kontraktor yang berjaya iaitu KENTARA JAYA SDN. BHD. Majlis turut dilengkapi dengan penyerahan surat rasmi Pelantikan Pengarah Projek kepada Pengarah Pembinaan Pasukan Projek Khas 2 (PPK2) iaitu YBrs. Ir. Jasmi bin Wahab.

Turut hadir sama dalam majlis ini adalah YBrs. Dato’ Ar. IDr. Azman bin Md. Hashim, Pengarah Kanan, Cawangan Kerja Bangunan Am 1, YBrs. Tn. Hj. Ahmad Fuad Bin Apandi, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, YBrs. Dr Baharudin Bin Othman, Timbalan Pengarah Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah (IPDAS), dan YBrs. Puan Analiza binti Zakaria, Arkitek Penguasa Kanan, Cawangan Kerja Bangunan Am 1 serta wakil-wakil HOPT dan HODT yang terlibat.

Projek ini adalah projek di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia selaku pelanggan.  Objektif pelaksanaan projek ini adalah untuk menyediakan kemudahan fasiliti yang secukupnya untuk menyokong pembangunan program pendidikan tinggi yang berimpak tinggi merangkumi ilmu aqli dan naqli serta berkemahiran melalui pembelajaran yang berkualiti selaras dengan saranan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Projek yang dilaksanakan secara Reka dan Bina ini melibatkan pembangunan kawasan seluas 104.3 ekar di Keningau, Sabah.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan harapan dan objektif projek ini. Semoga Projek ini dapat disiapkan dengan jayanya mengikut kos, kualiti dan tempoh yang ditetapkan selaras dengan aspirasi pembangunan negara. 

 

Bahagian Pengurusan Projek 1

Cawangan Kerja Bangunan Am 1