Date: Jumaat, Januari 6, 2023

MAJLIS PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA (SST) DAN TANDATANGAN AKU JANJI KONTRAKTOR BAGI

  1. MENAIKTARAF DAN MENGGANTI SALURAN PAIP AIR BERSIH DAN PEMBINAAN TANGKI SIMPANAN DI PANGKALAN UDARA SUBANG (REKA DAN BINA)
  2. PENINGKATAN SISTEM PERPAIPAN BEKALAN AIR TAWAR DI PANGKALAN TLDM LUMUT (REKA DAN BINA) - TENDER SEMULA

Majlis Penyerahan SST dan Tandatangan Aku Janji Kontraktor kepada kontraktor yang berjaya iaitu Nazrine Maju Sdn. Bhd. bagi projek Menaiktaraf Dan Mengganti Saluran Paip Air Bersih Dan Pembinaan Tangki Simpanan di Pangkalan Udara Subang (Reka dan Bina) manakala Ranhill Water Services Sdn. Bhd. bagi projek Peningkatan Sistem Perpaipan Bekalan Air Tawar di Pangkalan TLDM Lumut (Reka dan Bina) - Tender Semula telah berlangsung pada 4 Januari 2023 (Rabu) bertempat di Dewan Emerald, Tingkat 18, Maju Tower, Cawangan Kerja Keselamatan, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya, Kuala Lumpur.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Maria binti Marcus, Pengarah Cawangan Kerja Keselamatan dengan penyerahan dokumen Surat Setuju Terima, Surat Pelantikan Pengarah Projek serta sesi tandatangan Aku Janji Kontraktor dan disaksikan oleh YBrs. Puan Norazah binti Zainal, Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan, Kementerian Pertahanan Malaysia. Turut hadir sama adalah wakil daripada pihak Markas Tentera Udara, Markas Tentera Laut dan Ketua Bahagian Pengurusan Projek 2, Ar. Zuhairi bin Manaf.  

HOPT bagi projek ini adalah Bahagian Pengurusan Projek 2, Cawangan Kerja Keselamatan. Pengarah JKR Negeri Selangor dilantik sebagai Pengarah Projek bagi projek di Pangkalan Udara Subang yang mengambil masa selama 87 minggu dengan tarikh milik tapak pada 4 Januari 2023 dan tarikh siap pada 3 September 2024.

Manakala bagi projek di Pangkalan TLDM Lumut pula, Pengarah Projek adalah Pengarah JKR Negeri Perak dengan tempoh pembinaan selama 116 minggu dimana tarikh milik tapak adalah pada 6 Januari 2023 dan tarikh siap pada 27 Mac 2025. 

JKR selaku agensi pelaksana kerajaan memikul amanah rakyat untuk memastikan serta memenuhi aspirasi kerajaan agar projek ini dapat disiapkan dengan sempurna, berkualiti dan tepat pada masa sepertimana yang telah dijanjikan.

Berita oleh;
Bahagian Pengurusan Projek 2

Cawangan Kerja Keselamatan