Date: Khamis, Disember 24, 2020

Bertempat di Ruang Lobi, Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya, Aras 33, Blok G, Ibu Pejabat JKR Malaysia pada 23hb Disember 2020 (Rabu), telah berlangsung Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Dokumen Kontrak (2 in 1) bagi PROJEK PEMBINAAN DIRECTIONAL RAMP DI PERSIMPANGAN SENAI DESARU EXPRESSWAY (SDE)-BANDAR PENAWAR, JOHOR.

Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya kepada kontraktor yang berjaya iaitu LAMBAIAN FAJAR SDN BHD dan penyerahan Surat Pelantikan Pegawai Penguasa  kepada Ir. Hasmi Bin Ahmad, Pengarah Pembinaan Pasukan Pengurusan Projek Khas Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC) Dan Khas Jalan (PPKJ). Majlis diteruskan dengan bacaan dan tandatangan Ikrar Aku Janji oleh pihak kontraktor untuk melaksanakan projek dengan tekun dan jayanya.

Turut hadir bersama adalah YBhg. Dato' Ir. Haji Ahmad Redza Bin Ghulam Rasool, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), wakil Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Zahrul Hakim Bin Abdullah, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan & Penswastaan, YBrs. Ir. Mohamed Amin Bin Kasim, Pengarah Kanan Cawangan Jalan, YBrs. Ir. Mohd Shahrom Bin Ahmad Saman, Pengarah Pakar Kejuruteraan Jalan Dan Jambatan, YBrs. En. Suhaimi Bin Jamaludin, Pengarah Cawangan Geoteknik, Bahagian Pengurusan Projek Selatan (BPPS) dan wakil daripada pejabat HODT yang terlibat.

YBhg. Dato’ KPKR mengingatkan kepada pihak kontraktor untuk memberikan komitmen sepenuhnya bagi menyiapkan projek ini sepertimana dalam kontrak yang telah ditetapkan dengan kos yang telah dipersetujui. Tidak lupa juga penekanan kepada aspek kualiti dalam pembinaan yang menjadi keutamaan JKR selama ini.

JKR adalah selaku agensi pelaksana projek kerajaan yang bertanggungjawab memikul amanah rakyat bagi memastikan serta memenuhi aspirasi kerajaan, berharap agar kontraktor yang dilantik ini dapat melaksanakan projek dengan tekun dan amanah serta menyiapkan projek ini dalam tempoh masa, kualiti dan kos yang telah ditetapkan.

 

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG MAJLIS PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA (SST)

GAMBAR 1 : Penyerahan Dokumen Kontrak Kepada Kontraktor Lambaian Fajar Sdn Bhd

 

GAMBAR 2 : Penyerahan Surat Lantikan Pegawai Penguasa Kepada

Pengarah Pembinaan Pasukan Pengurusan Projek Khas Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC) Dan Khas Jalan (PPKJ)

 

GAMBAR 3 : Ucapan YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya

 

GAMBAR 4 : Bacaan Ikrar Aku Janji kontraktor

 

GAMBAR 5 : Gambar Sekitar Majlis Serahan SST dan Dokumen Kontrak (2 in 1)