Date: Isnin, Oktober 14, 2019




Pada 8 Oktober 2019 (Selasa) telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST), sesi menandatangani dokumen kontrak, penyerahan surat pelantikan pengawai penguasa (S.O) dan penyerahan lukisan pembinaan bagi Projek Pembinaan Infrastruktur Untuk Perpindahan Skuadron Hawk ke Pangkalan Udara TUDM Labuan. Majlis penyerahan SST tersebut telah diadakan di Pejabat Pengarah, Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan (CKIP).

Majlis telah disempurnakan oleh Ir. Mohamed Amin bin Kasim selaku Pengarah Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan (CKIP), turut hadir Encik Shahrizal bin Azhar selaku Ketua Penolong Setiausaha Unit Udara (Bahagian Pembangunan) Kementerian Pertahanan, Mejar Fauzan wakil INFRABINA TUDM dan Ir. Ibrahim bin Esa selaku Pengarah Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Labuan.

Kaedah perlaksanaan projek ini adalah secara Konvensional Dalaman dengan kerjasama di antara HOPT iaitu Bahagian Pangkalan Udara, Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan (CKIP) dan seemua Pasukan HODT. Manakala Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Labuan dilantik sebagai Pegawai Penguasa (S.O) bagi projek ini.

Perolehan projek ini telah dilaksanakan secara tender terbuka dan kontraktor yang berjaya adalah IKLIMEGA SDN BHD. Tempoh perlaksanaan adalah selama 104 minggu bermula daripada tarikh milik tapak pada 15 Oktober 2019 sehingga 11 Oktober 2021.

Skop yang terlibat adalah menaiktaraf ibu pejabat (HQ) sediada, bangunan First Line dan juga garaj/CBT/AGSE/AGSV. Terdapat juga skop pembinaan bangunan baru ibu pejabat (HQ) iaitu auditorium, parkir kereta (1 unit berbumbung, 20 unit terbuka) dan bangunan blok bujang bagi keselesaan penghuni. Selain itu juga, terdapat skop naiktaraf storm shelter (melibatkan 1 unit GPU mobile unit, 4 nos emergency shower), reconstruct taxiway B, resurfacing taxiway A dan skop distance to run marker (airside signages) sepanjang runway.

Justeru itu, JKR selaku agensi pelaksana perlu memikul amanah rakyat untuk memastikan serta memenuhi aspirasi kerajaan agar projek ini dapat disiapkan dengan sempurna, berkualiti, dengan kos dan tempoh masa sepertimana yang telah ditetapkan dalam kontrak.