Date: Jumaat, Januari 17, 2020

MAJLIS PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA (SST)

PROJEK CADANGAN PEMBINAAN PANGKALAN MARITIM AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (APMM) SEMPORNA, SABAH

TARIKH: 16 JANUARI 2020 (KHAMIS)

MASA: 9.00 PAGI

TEMPAT: BILIK MESYUARAT UTAMA, TINGKAT 8,  CKIP, BLOK F IP JKR

 

Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST), Dokumen Kontrak, Lukisan Pembinaan dan Surat Perlantikan Pegawai Penguasa Projek  (4 dalam 1) bagi Projek Cadangan Pembinaan Pangkalan Maritim Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Semporna, Sabah telah berlangsung pada hari Khamis, 16 Januari 2020 di Blok F, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya, Kuala Lumpur.  Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) iaitu Ir. Hj. Zulakmal Bin Hj Sufian. Turut hadir bersama En Samasudin bin Lawe, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan mewakili ESSCOM dan Kapten Maritim Mazlan bin Mat Rejab, mewakili APMM.

Pengurus Program projek ini adalah Pengarah Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan (CKIP), Ir. Mohamed Amin Bin Kasim dan Pengarah Pasukan Projek Khas 2 (PPK2) telah dilantik sebagai Pegawai Penguasa. Kaedah perlaksanaan projek ini adalah secara Konvensional erunding dengan kerjasama di antara HOPT dari Bahagian Maritim,CKIP dan semua Pasukan HODT JKR serta perunding.

Projek ini melibatkan pembinaan sebuah blok pentadbiran, bangunan sokongan, helipad dan padang kawad, gelanggang sukan, jeti, dan marina. Ia juga dilengkapi dengan kemudahan sistem perpaipan dan saliran serta sistem elektrik dan mekanikal dan kerja-kerja berkaitan.

Tahniah diucapkan kepada kontraktor yang berjaya untuk melaksanakan projek ini iaitu Prinsip Hasil Sdn Bhd dengan tempoh pelaksanaan projek adalah selama 24 bulan. Tarikh milik tapak projek ini pada 30 Januari 2020 dan jangka siap pada 30 Januari 2022.

JKR selaku agensi pelaksana kerajaan memikul amanah rakyat untuk memastikan serta memenuhi aspirasi kerajaan agar projek ini dapat disiapkan dengan sempurna, berkualiti dan tepat pada masa sepertimana yang telah dijanjikan.

 

GAMBAR SEKITAR MAJLIS PENYERAHAN SST

Sesi Ucapan Pengarah CKIP sebagai Pengurus Program Projek

Majlis Menandatangani Surat Setuju Terima (SST) Oleh Kontraktor Berjaya

iaitu Prinsip Hasil Sdn. Bhd.

Penyerahan Surat Setuju Terima (SST), Dokumen Kontrak, dan Lukisan Pembinaan  kepada Kontraktor yang Berjaya iaitu Prinsip Hasil Sdn. Bhd.

Penyerahan Surat Lantikan Pegawai Penguasa Projek  dan Lukisan Pembinaan kepada Pengarah Pasukan Projek Khas 2 (PPK2) iaitu Ir. Roslina Binti Abdul Rahman

Sesi Bergambar Bersama Pelanggan, HOPT dan semua HODT yang hadir ke Majlis Penyerahan SST